Mungkin satu dunia masih mengingati wajah kanak-kanak ini yang menghisap rokok di usia dua tahun, Aldi Rizal yang sangat popular dan sensasi pada satu ketika dulu. Dia dikatakan pernah menghisap rokok dalam sehari kira-kira 40 batang.
Kini semua itu sudah berlalu dan ketika ini dia telah pun berusia 9 tahun dan dipercayai dia berjaya menghapuskan ketagihan merokoknya, malah dia juga dikatakan adalah salah seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya.
Aldi Rizal telah berjaya membuang ketagihannya terhadap rokok ketika tahun 2013 setelah 2 tahun dikatakan menjadi tumpuan orang ramai di seluruh dunia.
Difahamkan, Aldi telah mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan Indonesia dengan penyediaan berbagai program khas untuk membuang ketagihannya terhadap rokok dan dia berjaya di dalam program terbabit.
Biarpun Aldi telah berjaya memberhentikan tabiatnya itu tetapi berat badan Aldi juga dikatakan mempunyai peningkatan yang mendadak sebanyak 24 kilogram ketika beliau berusia 5 tahun kerana disebabkan ketagihan pada makanan pula.
Menurut bapa Aldi, Rizal, dia mengatakan sekiranya Aldi menginginkan makanan tambahan dia akan menghentakkan kepala ke dinding sebagai tanda protes kerana tidak memenuhi keinginannya itu.
Aldi juga dikatakan setiap hari dia mampu menghabiskan tiga botol susu pekat dan sering memakan makanan yang dipenuhi lemak, jelas bapa Aldi.
Disebabkan keadaan Aldi yang merisaukan bapanya, dia akhirnya dibawa berjumpa dengan pakar pemakanan dan semenjak itu Aldi harus menjalani diet yang ketat demi untuk menurunkan berat badannya yang semakin membesar itu.
Setelah 4 tahun Aldi hanya memakan sayur-sayuran dan juga buah-buahan, berat Aldi telah kembali normal dan dia kini tidak lagi menghadapi sebarang jenis ketagihan sama ada dengan rokok atau pun makanan. - Koleksi Viral
Sumber: Daily Mail
http://www.koleksiviral.com/2017/05/dulu-budak-dua-tahun-ini-terkenal.html
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean