KISAH AKU DAN IBU
ASalamualaikum admin dan semua akak2 abang yang ada di krt..
disini aku nak meluah, umurku sekarang 27 tahun namun aku belum berumahtangga. Sampai saat ini,hanya satu orang sahaja wanita terbaik yang pernah aku jumpa iaitu ibuku, aku tak pernah bercinta dan aku pernah jatuh cinta namun aku terpaksa hilangkan perasaan itu kerana wanita yang aku cintai tidak semulia ibu..
Aku sangat sayang ibu,, kerana usaha ibu dan ayah, aku berjaya dari
segi pelajaran dan keagaamaan, semua atas didikan ayah dan ibu, aku tak
pernah dikasari, aku didik dengan lemah lembut, ibu dan ayah selalu
nasihatkan aku jangan guna kekerasan dalam melakukan sesuatu,
Cerita bermula pada ptg semalam, kawan ajak g lepak, ibu cakap malam ni aku kena temankan ibu beli barang dapur, namun aku menolak kerana malam tu adalah malam reunion yang memang sudah aku dan kawan2 rancang. Ibu mendesak kerana takda temankan ibu,esok ibu ada urusan so risau barang rumah dah habis dan takda org yg beli kerana ayah outstation, malam tu aku kasari ibu, ibu pegang aku namun aku tepis tangan ibu, aku cakap aku dah bosan kerana ibu selalu mengongkong aku,,
Aku terus keluar rumah, dalam perjalan ke destinasi dimana kawan2 sudah berkumpul aku kemalangan, tapi Alhamdulillah aku selamat, ya Allah adakah ini balasan tentang apa yang aku lakukan untuk ibu?? Aku di hantar ke hospital dalam perjalanan aku hanya fikirkan ibu, dalam beberapa jam ibu pun sampai dihospital, aku menangis minta ampun dan sujud dikaki ibu, aku minta maaf ibu,
Bila aku sudah pulang kerumah ibu dah macam lain,ibu dan tak ceria macam dlu, dulu kalau berbual dengan ibu aku rasa terhibur, sekarang? Ibu hanya bercakap apa yang perlu saja, kenapa ibu? Aku tahu ibu selalu baca2 kisah di krt, ibu cakap dia tak akan tingalkan satu kisahpun yang ada d krt, ibu selalu pesan kepada aku kalau dah kawin jgn jadi macam suami akak2 yang mengadu di krt, jangan jadi kaki pukul, jangan abaikan mafkah anak bini, jangan curang kepada bini, jadilah seperti ayah kamu, baik,bertangungjawab dan lemah lembut dalam mendidik,
Ia ibu aku ingat pesanan ibu, inshaalah aku akan jadi seperti ayah.. kalau ibu terbaca posting ini, maafkan anakmu ibu, aku tahu ibu dah maafkan aku,tapi aku mahu ibu ceria macam dulu..
aku sangat sayang ibu...

Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean