Assalamualaikum. Boleh dapatkan pandangan macam mana nak failkan cerai? Saya try dapatkan maklumat dari google tapi kurang faham. Apa cara termudah untuk saya bercerai dengan suami.
Saya tak tahan dengan perangai suami saya. Saya rasa stress sampai rasa nk bunuh diri. Saya rasa saya meroyan, stress, depress. Suami asik contact perempuan lain. Siap berhantar gambar yang bukan-bukan. Dari saya mengandung. Saya dah cuba sabar tapi tak boleh. Dia asik contact perempuan itu ini. Bersayang-sayang dengan perempuan lain.
Siap ajak keluar tengok wayang. Dalam pantang saya menangis bagai nak gila. Kami asik bergaduh. Saya stress dengan study, jaga anak. Bila bergaduh saya stress sampai cederakan diri. Tak tahan sangat. Depression sampai tak suka dengan diri sendiri & orang sekeliling. Bila bergaduh saya menangis-nangis, ada pernah saya stress yang teramat, menangis cederakan diri, dia kata "I ambil gambar u macam ni, tunjuk dekat anak".
Saya stress duduk dalam toilet dia pecahkan pintu tandas suruh saya keluar. Kadang saya gunting-gunting rambut saya sebab stress. Tampar diri sendiri, hantuk kepala dekat dinding. Ambil pisau toreh-torrh tangan. Saya rasa mental saya dah "koyak". Mesti orang anggap benda ni mudah. Anggap saya ni melebih-lebih. Mengada-ngada. Awak tak berada di tempat saya.
Saya rasa down yang teramat. Baru-baru ni bergaduh dia sanggup
mengasari saya & anak semata-mata nak pertahankan phone dia dari
saya tengok mesej2 dia dengan perempuan lain. Dan nasihat banyak kali,
bagi peluang banyak kali. Saya dah takde hati. Bila saya minta lepaskan
saya, dia buat main-main. Bila saya menangis dia buat main-main sebab
dia anggap saya budak mentah tak tahu apa.
*btw, ni fake acc saya. Mohon hidekan.
*btw, ni fake acc saya. Mohon hidekan.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean