Home » » Saya sanggup menipu suami saya kerana ingin keluar bersama kekasih saya.akhirnya suami saya ternampak saya berdua2 dalam kereta... suami saya tidak melenting

Saya sanggup menipu suami saya kerana ingin keluar bersama kekasih saya.akhirnya suami saya ternampak saya berdua2 dalam kereta... suami saya tidak melenting

sekadar gambar hiasan
Saya ingin berkongsi cerita untuk pengajaran buat semua pembaca agar dapat memberi komen bagi membantu saya. Saya berkahwin demgan suami saya sudah 9 tahun iaitu pada 2008. Saya berkawin atas pilihan keluarga tetapi kami sempat bercinta. Suami saya seorang yang biasa saja. Tapi setelah berkawin saya tidak dapat menerima suami saya.


 Saya layan kurang melayan suami termasuklah nafkah batinnya... tetapi mujurlah suami saya seorang yang penyabar... dia tetap bersabar dan setia dengan saya. Kami dikurniakan 2 orang ank. Saya bahagia bersama suami saya tetapi perasaan cinta terhadapnya tidak wujud. Untuk pengetahuan semua suami saya seorang yang penyabar..rajin...penyayang..boleh dikatakan cukup sempurna bagi seorang suamitermasuklah kerja rumah..memasak..

menjaga anak semua dia yang uruskan. Pada tahun 2016 tuhan telah menguji saya. Saya telah curang pada suami saya dengan kawan sekolah saya tanpa pengetahuan suami saya. Kami bercinta hampir 4 bulan saya betul2 cinta kekasih saya sehingga saya terfikir untuk bercerai dengannya. Saya sanggup menipu suami saya kerana ingin keluar bersama kekasih saya. Tapi tuhan itu maha adil..

 akhirnya suami saya ternampak saya berdua2 dalam kereta... suami saya tidak melenting tapi dia hanya memberi saya pilihan sama ada pilih dia atau kekasih saya.. tapi syarat anak dia yang nk hak penjagaan. Saya x nak berpisah dengan anak2 saya... sementara saat kami berbincang suami saya setiap hari menangis kerana tidak dapat menerima perbuatan saya beliausgt mempercayai saya. Sehingga beliau terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tidak makan dan dimasuk kan air dalam badan kerana kekurang makan..

 saya sedih dan menyesal demgan perbuatan saya. Selama kami berkawin suami saya sentiasa buat saya suprise setiap hari yang bermakna baginya...boleh dikata beliau sentiasa cuba membahagiakan saya... akhirnya saya pilih suami saya bagi saya dia dapat membahagiakan saya... masalah nya sekarang suami saya tidak lagi seperti dulu... dari seorang periang yang selalu bergurau dengan saya kini menjadi pendiam...diam banyak termenung.. 


dari dulu seorang yang aktif bersukan kini lebih suka berdiam dan termenung mungkin sukar baginya menerima semua ini... tolong bagi saya nasihat macam saya nak kembalikan suami yang kembali seorang yang periang yang suka buat lawak untuk saya. Saya rindukan suami saya yang dulu..

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts