KUALA LUMPUR: Langkah mengarahkan sekolah tahfiz swasta berdaftar dengan kerajaan akan memastikan tatacara operasi standard dalam pengambilan kakitangan dipatuhi.
Beliau juga berkata bekas banduan tidak wajar diambil sebagai warden atau penyelia kebajikan pelajar sekolah.
“Tak salah ambil bekas banduan bekerja, tetapi bukan sebagai warden,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Nilam 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Rabu lepas, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 meninggal dunia selepas kedua kakinya dipotong akibat jangkitan kerana didakwa dipukul pembantu warden sekolah tahfiznya.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam berkata kementerian sukar memantau sekolah tahfiz swasta dan menggesa mereka berdaftar dengan kementerian dan Jakim.
Mahdzir berkata sekolah aliran agama swasta akan didaftarkan di bawah Jakim, selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sin Woon berkata kementerian mempunyai prosedur dan garis panduan yang ketat sebelum hukuman fizikal seperti merotan boleh dikenakan.
“Hanya pengetua dan guru disiplin boleh merotan pelajar,” katanya.
“Namun begitu, terdapat prosedur lain yang mereka perlu lalui sebelum merotan, termasuk kaunseling untuk pelajar,” katanya.
Sin Woon menggesa ibu bapa supaya berkomunikasi dan lebih mendengar suara anak mereka supaya penderaan pelajar boleh dikesan dan dikekang.
Exco Pendidkan Johor Datuk Ayub Rahmat semalam berkata laporan bedah siasat Thaqif mungkin selesai dalam masa 2 minggu lagi.
Beliau berkata Hospital Sultan Ismail, di mana Thaqif dirawat, perlu menjalankan kajian menyeluruh ke atas kecederaan fizikal yang dikesan pada tubuhnya.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean