Home » » akhirnya siti aishah Dijatuhkan Hukuman oleh mahkamah

akhirnya siti aishah Dijatuhkan Hukuman oleh mahkamah




Siti Noor Aishah Akhirnya Dijatuhkan Hukuman|Siti Noor Aishah Akhirnya Dijatuhkan Hukuman|Seorang bekas penuntut sarjana di sebuah universiti awam, Siti Noor Aishah Atam dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah memiliki buku berunsur perbuatan keganasan, Mac tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Mohamad Shariff memerintahkan Siti Noor Aishah dipenjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 22 Mac tahun lalu serta kesemua buku yang terlibat dilucutkan hak kepada kerajaan untuk dilupuskan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu Jemaah Islamiyah, Daesh dan al-Qaeda.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada pukul 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan tersebut.




>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts