Home » » Harga terbaru Minyak petrol bermula 12.01 tengah malam esok

Harga terbaru Minyak petrol bermula 12.01 tengah malam esok

Mulai 12.01 tengah malam esok, kerajaan akan mengumumkan pe­netapan harga petrol dan diesel secara mingguan bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan seperti sebelum ini.

Dan berdasarkan kepada harga minyak semasa iaitu $47 dolar setong, kemungkinan harga baru petrol dijangka turun 10 sen.




Sistem penetapan harga petrol dan diesel itu akan pertama kali dilakukan mulai esok dan akan berkuat kuasa pada keesokannya iaitu Khamis.

Sebelum ini penetapan harga secara pengapungan terkawal pada setiap bulan yang dilaksanakan ketika ini menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak apabila perubahan atau kadar turun naik harga ini begitu ketara.

Justeru, kaedah penentuan harga mingguan akan dilaksanakan buat pertama kalinya di negara ini.

Berbanding perkiraan secara bulanan sebelum ini, sebarang perubahan harga yang terlampau sehingga 20 sen telah mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, selepas tempoh 12 bulan, kementeriannya akan mengkaji semula keberkesanan mekanisme baharu itu sama ada mahu meneruskan kaedah sama atau beralih kepada lain.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts