Home » » Dulu tak mampu beli, Kini budak sekolah pun dah boleh beli Samsung Galaxy Note 7

Dulu tak mampu beli, Kini budak sekolah pun dah boleh beli Samsung Galaxy Note 7

Selang beberapa hari sebelum pelancaran Samsung Galaxy S8, Samsung baru-baru ini telah mengesahkan mereka bakal menjual semula smartphone yang pernah mengalami masalah letupan ini kepada umum iaitu Samsung Galaxy Note 7.


Dikatakan pelan Samsung untuk menjual semula model Note 7 ini hadir setelah berpendapat pelupusan Note 7 bukanlah langkah yang terbaik sebaliknya memilih jalan ‘eco friendly‘ serta mengeluarkan model ini melalui set ‘refurbished‘. Kemungkinan juga anda bakal dapat membeli model ini dengan harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Melalui soal ‘keselamatan’, Samsung bakal menyertakan bateri dengan kapasiti yang lebih rendah bagi mengelakkan daripada sebarang masalah melibatkan mudah panas serta mudah terbakar atau letupan.



Setakat ini, langkah Samsung untuk menjual semula model flagship mereka sebelum ini dilihat positif dan bakal mula dijual tidak lama lagi. Dalam pada itu, langkah pencegahan ini merupakan langkah terbaik Samsung untuk memulihkan semula 4.3 juta smartphone Note 7 yang ditarik sebelum ini serta digantikan dengan langkah pengkitaran semula.

Jika Samsung Galaxy Note 7 dijual dengan harga yang lebih rendah, adakah anda salah seorang daripada ‘berani’ membeli model ini jika dijanjikan tiada letupan bakal berlaku? Dari segi spesifikasi memang tidak dinafikan, Samsung Galaxy Note 7 masih antara smartphone Android dengan spesifikasi terbaik ketika ini./Vocket

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post
Oldest
You are reading the latest post

Popular Posts