Home » » Tak cukup buat fitnah, dia tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Islam

Tak cukup buat fitnah, dia tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Islam

CANBERRA, Australia: Seorang senator daripada parti berhaluan kanan masuk ke dalam Parlimen dengan memakai persalinan penuh jubah dan burqa yang menutupi keseluruhan tubuh dan muka demi membuktikan bahawa pakaian tersebut berbahaya dan mahu mengharamkan pemakaiannya di Australia. 



Menurut Reuters, tindakan Senator Pauline Hanson, ketua parti One Nation itu telah ditempelak oleh kerajaan Australia dan masyarakat Muslim tempatan. George Brandis, Ketua Peguam Negara merangkap ketua Dewan Senat menegur tindakan Hanson dengan mengatakan, “Kami semua tahu bahawa kamu (Hanson) tidak berpegang dengan ajaran Islam. 

Saya menasihatkan agar kamu berhati-hati dengan tindakan yang mungkin boleh menyinggung sensitiviti keagamaan rakyat Australia.” Hanson duduk di tempatnya dalam sidang Parlimen selama 20 minit dengan memakai persalinan penuh burqa sebelum menanggalkannya dan menggesa pemakaian tersebut diharamkan dalam masyarakat demi keselamatan negara. 

The Washington Post pula melaporkan, sejurus selepas Hanson menanggalkan burqanya, dia mendakwa, “Saya berasa agak gembira untuk menanggalkan burqa ini kerana pakaian ini tiada tempatnya dalam Parlimen. Isu utama dalam sidang Senat ini adalah hak untuk orang lain melihat wajah seseorang.” “Jika seseorang yang memakai sarung muka atau helmet ingin memasuki bank atau bangunan lain, bahkan jika ingin memasuki mahkamah, sarung muka dan helmet itu perlulah ditanggalkan. 


Mengapa perkara yang sama tidak boleh dikenakan terhadap seseorang yang menutup mukanya dan tidak dapat dikenali?” Hanson yang mula terkenal pada tahun 1990 kerana kempen bantahannya yang lantang terhadap imigrasi dan pencari suaka politik daripada Asia telah memulakan kempen menentang pemakaian Islam dan pembinaan masjid-masjid. 

Timbalan Presiden Majlis Agama Islam, Victoria Adel Salman berkata tindakan Hanson itu sebenarnya menghina kedudukannya (sebagai ahli parlimen). “Perbuatan Hanson ini amat mengecewakan, namun ia tidak mengejutkan kerana dia (Hanson) sentiasa menghina Islam dari masa ke semasa,” tambah Adel Salman. Parti One Nation yang dipimpin Hanson mengusulkan polisi anti-Islam termasuk mengharamkan imigrasi Muslim dan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk (menyiasat) Islam. 

Hanson juga menyeru larangan perjalanan Muslim untuk masuk ke Australia seperti yang dilakukan oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts