Home » » Menculik, Merogol dan Membunuh kanak-kanak 4 tahun ini hukuman yang setimpal dengannya!

Menculik, Merogol dan Membunuh kanak-kanak 4 tahun ini hukuman yang setimpal dengannya!

Sanaa, Yemen – Seorang lelaki dihukum bunuh setelah disabitkan atas kesalahan menculik, merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun di Sanaa, Yemen. 



Hukuman bunuh tersebut dilakukan di hadapan orang ramai di Dataran Tahrir oleh pihak berkuasa Yemen. Berdasarkan laporan akhbar The Independent , Hussein al-Saket dijatuhi hukuman mati dengan beberapa das tembakan dan mayatnya kemudian digantung menggunakan kren untuk tontonan orang ramai. 

Beberapa keping gambar menunjukkan pesalah ditiarapkan di atas kain sebelum dihukum bunuh dan selepas itu mayatnya digantung dengan kren. Kejadian itu dijalankan di hadapan khalayak umum di mana orang awam dapat merakam setiap pelaksanaan hukuman tersebut menggunakan telefon mereka. Ini merupakan kali kedua pelaksanaan hukuman bunuh di hadapan orang awam ini sejak dua minggu yang lalu atas kesalahan yang sama di ibu negara Sanaa selepas kumpulan Syiah Houthi menguasai ibu negara. 

Puak pemberontak menggunakan pelaksanaan hukuman mati di hadapan orang awam bagi menunjukkan kaedah yang digunakan untuk menangani jenayah di kawasan jajahan mereka. Sanaa dikawal oleh puak pemberontak Houthi sejak pertengahan tahun 2014. 

Pergerakan kumpulan Syiah berdasarkan agama dan politik ini telah dituduh melanggar hak asasi manusia termasuk mengerah tentera kanak-kanak. Kumpulan itu menggunakan slogan “Tuhan adalah Maha Agung, Kematian ke atas Amerika, Kematian ke atas Israel, Laknat ke atas Yahudi dan Kemenangan ke atas Islam.” (The group’s slogan is “God is the Greatest, Death to America, Death to Israel, Curse the Jews, Victory to Islam.”)

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts