Home » » juara bina badan maut akibat cedera parah selepas cubaannya melakukan 'back-flip'

juara bina badan maut akibat cedera parah selepas cubaannya melakukan 'back-flip'



Seorang juara bina badan maut akibat cedera parah selepas cubaannya melakukan 'back-flip' semasa sesi memanaskan badan, gagal dilakukan dengan sempurna.



Laporan Daily Mail menyatakan, Sifiso Lungelo Thabete, patah tulang leher selepas kepalanya terlebih dahulu mendarat ke lantai.

Terkejut melihat kejadian itu, beberapa kakitangan penganjur segera mendapatkan mangsa yang pada ketika itu sudah tidak bergerak dalam kejadian Sabtu.

Berdasarkan video yang dimuat naik, ahli bina badan itu dilihat memasuki gimnasium dan menunjukkan gaya lagaknya dan meminta penonton memberi sorakan semangat kepadannya. Peserta berusia 23 tahun itu kemudian berjalan berlari ke tengah dan melompat untuk cuba melakukan 'back-flip'.

Bagaimanapun, badannya gagal mencapai momentum penuh untuk berpusing dan menyebabkan kepala Thabethe jatuh terhentak di lantai terlebih dahulu sebelum terkulai layu dan tidak bergerak sebelum beberapa individu berlari mendapatkannya.

Menurut Body Building South Afrika, Sifiso mempunyai gaya persembahan kemunculannya sendiri setiap kali tampil ke pentas.

Presiden organisasai, Wayne Price berkata, "Kami mengesyaki dia memakai stokin pada waktu itu yang menyebabkan dia tergelincir dan gagal mencapai momentum yang mencukupi menyebabkan kepalanya mendarat di lantai sebelum badannya.


Majalah bina badan Afrika Selatan, Mucle Evolution yang mengulas mengenai kejadian itu berkata, "Komuniti bina badan terkejut dan sedih dengan berita kematian Sifiso Lungelo Thabete, ahli bina badan dari Umlazi di KwaZulu- Natal, yang tragis itu."

Majalah itu melaporkan, Thabete mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang itu dan pernah memegang gelaran IFBB Junior World Champion dalam kategori sehingga 75 kilogram.

"Beliau telah mengkagumkan orang ramai dan para hakim dengan saiz otot yang luar biasa dan kematangan badannya dalam usia beliau dalam pertandingan yang disertainya baru-baru ini," lapornya.



http://www.thereporter.my/2017/08/ahli-bina-badan-patah-tulang-leher-dan.html


>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts