14 remaja ligat ‘beraksi’ ditahan polis
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, operasi pada kira-kira jam 8.45 malam itu dijalankan hasil maklumat dan pemantauan polis.
Menurutnya, seramai 14 remaja berusia 11 hingga 15 tahun yang sedang ligat ‘beraksi’ ditahan dan kesemua mereka dibawa ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan.
“Remaja ini diberi nasihat dan kita telah memanggil ibu bapa mereka sebelum dibebaskan. Basikal-basikal terlibat disita, manakala penunggang basikal diberikan saman di bawah Rule 166/59,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati, di peringkat awal, remaja-remaja ini berkumpul di jambatan di daerah Klang Utara, namun selepas operasi dijalankan di kawasan tersebut, mereka mula berpindah ke Jambatan Ketiga di daerah Klang Selatan.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan polis sedang giat mengesan penganjur terlibat.
“Soal siasat terhadap penunggang basikal terbabit mendakwa penganjur tinggal di Rantau Panjang, Klang,” katanya.
Shamsul berkata, pihaknya percaya aktiviti basikal lajak itu diadakan setiap malam dan lebih meriah pada malam hujung minggu.
“Kita memandang serius aktiviti yang menyalahi undang-undang dan operasi akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.
▶Sinar Harian
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean