Home » » UMNO hari ini tidak lagi relevan kerana berpaksikan 3M - Idris Ahmad

UMNO hari ini tidak lagi relevan kerana berpaksikan 3M - Idris Ahmad

BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – PAS menyifatkan UMNO hari ini tidak lagi relevan kerana ideologi dan kekuatan jati diri parti, sebaliknya sekadar berpaksikan 3M iaitu wang, media dan jentera kerajaan.



Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar empat faktor UMNO bertambah kukuh yang digariskan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-71 parti itu, baru-baru ini.

"Apakah masih ada faktor ini di dalam UMNO. Apakah benar UMNO memperjuangkan Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi percakapan atau amalan.

"Di manakah tokoh-tokoh agama UMNO yang boleh memberi teguran kepada pemimpin UMNO dan menjadi kata putus dalam soal agama. Apakah teguran mereka diambil kira?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan peranan tokoh-tokoh agama dalam parti itu yang berkemungkinan hanya sekadar menjadi pembaca doa dalam majlis rasmi UMNO semata-mata.

"Tokoh-tokoh agama seperti Tan Sri Yusuf Noor, Datuk Abdullah Mohd Zin, Dr Masitah Ibrahim, Ust Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib dan ramai lagi.

"Ia berbeza dengan PAS, yang telah meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai rujukan hukum berpolitik dan bernegara," katanya.

Katanya, ia bukan lagi menjadi rahsia kepada umum apabila UMNO dilihat gagal memberi keselesaan kepada masyarakat, sekaligus menolak faktor kedua yang dinyatakan Najib bahawa UMNO menjaga kepentingan rakyat.

Idris berkata, kehidupan rakyat hari ini semakin tertekan dengan penguatkuasaan GST, kos sara hidup yang tinggi dan penarikan subsidi yang membebankan mereka berpendapatan rendah.

"Harga rumah melabung, kos pengangkutan meningkat apakah pemimpin UMNO boleh mendakwa perjuanganya telah mementingkan rakyat? Apakah dengan pemberian BRIM, pemimpin UMNO boleh anggap ini sebagai air mutlak suci lagi menyucikan terhadap penderitaan rakyat?," katanya.

Mengulas lanjut katanya, UMNO kini tidak lagi relevan untuk generasi muda, yang hanya sekadar mengikut parti itu bukan kerana perjuangan sebaliknya batu loncatan untuk mendapatkan projek sahaja.

"Terakhir, Najib mengatakan UMNO hebat kerana ia mempunyai wawasan dan tindakan secara kolektif bersama dengan rakan komponen BN.

"Tetapi rakyat umum melihat, perjuangan Umno hari ini sudah kehilangan jati diri yang banyak mengalah kepada rakan komponen, akhirnya untung jangka pendek tetapi merugikan jangka panjang," katanya.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts