RUPA-RUPANYA berlaku penipuan di dalam penganjuran Cabutan Bertuah di Stadium Bukit Jalil semalam yang dianjurkan bagi 'mengumpan' ahli-ahli Umno supaya hadir beramai-ramai ke Perhimpunan 71 Tahun Umno itu.
Difahamkan, antara syarat-syarat kelayakan untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan itu ialah WAJIB HADIR KE STADIUM BUKIT JALIL, kerana cabutan melalui undian akan DILAKUKAN DI DALAM STADIUM BUKIT JALIL.
Namun rupa-rupanya, nama-nama pemenang bagi hadiah-hadiah lumayan cabutan bertuah berupa kereta Proton Perdana Accord dan juga motorsikal Modenas, didakwa sudah berada dalam simpanan penganjur sejak dua hari awal.
Perkara ini sekaligus menjawab persoalan ramai ahli-ahli Umno yang hadir di Stadium Bukit Jalil semalam, tentang mengapa tiada cabutan bertuah dijalankan dalam stadium?
Azmi turut mendedahkan sekeping gambar senarai nama-nama pemenang cabutan bertuah lengkap dengan butiran diri termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan juga nombor ahli Umno.
Gambar ini seterusnya menjadi viral di media sosial sekaligus menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Antara yang menarik perhatian ialah status Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kiriman di facebook rasminya turut menyindir tentang penipuan itu.
"P/S: Cabutan bertuah jenis apa ni, dua hari awal sudah ada nama pemenang?" soalnya dalam nada menyindir.
Kalau kita lihat nampaknya hanya kroni-kroni pimpinan atasan Umno sahaja yang berjaya menerima hadiah lumayan cabutan bertuah tersebut.
Penyokong dan ahli Umno bawahan cukuplah setakat dapat dengar amanat Presiden Umno selain dibekalkan dengan RM50. Tidak termasuk ramai mahasiswa UiTM yang diperdaya dan dipaksa hadir ke himpunan tersebut bagi mendapatkan markah kehadiran kokurikulum.milosuam.net
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean