Salam, aku masih tinggal dengan keluarganya di kg. yang rumah jiran dekat-dekat tapi bukan kawasan setinggan. Satu hari ada satu famili pindah ke kg. isteri nurse dan suami dia kerja security, anak 2 orang. Famili diorang mcm normal family yg lain jugak. Rumah sewa diorang belakang rumah aku.
Aku kerja kilang, kalau shift pagi, aku mandi seawal 5:30 pagi dan bersiap-siap. Masa tu juga aku akan dengar bunyi motor suami jiran balik kerja yang aku perasaan hari-hari pada waktu yang sama. Kemudian aku perasaan dia pakai baju melayu dan keluar lagi.
So aku assume dia pergi subuh berjemaah. Timbul rasa kagum dan hormat dekat jiran aku ni. Walau security jer tapi rajin subuh di masjid pakcik ni.
Satu hari entah mcmana masa mandi aku perasaan dengar bunyi2 di belakang bilik air. Arghh mungkin meowww kot.
Aku abaikan dan tak terfikir yg pelik2. Hidup aku berjalan seperti biasa. tak lama lepas tu aku ternampak kelibat jiran dengan lampu suluh waktu malam. Arghh ada benda hilang kot. Begitulah fikiran aku ni. Masa jemur baju di belakang bilik air aku perasaan penuh dgn puntung rokok. Mmm adik aku yg bersekolah ting 4 sorok2 hisap kot.
Hinggalah satu hari, famili abang aku balik cuti. anak2 dia ramai. Nak guna bilik air jenuh ambik giliran. Jadi satu malam masa anak buah aku mandi aku jenguk keluar tingkap sementara tunggu giliran. nampak kelibat lelaki terhendap2 belakang bilik air. Rupanya jiran aku. Dia terkejut, aku lagi terkejut. Dia terus berdesup lari.
Tetiba saja, insiden kot kot kot aku menjelma kembali. Adakah itu bunyi, aksi, kelibat jiran aku yang sedang skodeng? Aku pun refresh balik kejadian2 tu. tetiba aku rasa geli. Sejak itu aku cuak nak mandi waktu subuh dan malam. Aku malu nak bagitahu famili aku. aku rasa geli geleman bila nampak jiran aku yang umur sebaya ayah aku itu.
Aku stress sangat bila nak mandi. Sampai beberapa kali jugak aku tak mandi di rumah sebaliknya di tempat kerja.sejak hari tu aku lebih alert. Bila dengar motor jiran aku mula aku trauma. Jadi aku terfikir apalah perasaan org yg kena rogol tu. Baru aku faham persaan mangsa rogol yang sampai nak bunuh diri?
Aku elak bertembung dengan jiran aku. Kalau berselisih mesti dia akan perhati aku tak lepas. Aku rasa meloya tengok muka dia tambah masa dia sengeh.geliiiiii weiii
Akhirnya untuk decide menyewa bilik. Aku pindah . alasan letih bangun awal pagi aku usulkan. Famili aku akur je dengan keputusan aku.
Alhamdullilahsejak hari tu aku rasa bebas dan lega. Entah siapa pula mangsa skodeng jiran aku ni.
Tak lama lepas tu masa balik kg, makcik aku cerita isteri jiran aku lari rumah tinggal dia dan minta cerai.aku syak hobi skodeng laki dia tu dah kantoi. Tapi yg pelik2 dia tetap stay kat rumah sewa tu tak pindah2. Aku doa agar tabiat dia akan terkantoi satu hari nanti dan dikicap berjemaah oleh penduduk kg. Amin.
Kredit : Kamaliah Via IIUMC
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean