Home » » pesakit bunuh jururawat dan campak mayat ke dalam sungai

pesakit bunuh jururawat dan campak mayat ke dalam sungai

 SAN JUAN: Seorang pesakit warga tua dan dua saudaranya dituduh membunuh jururawat berusia 24 tahun dan membuang mayat mangsa ke dalam sungai.



Jabatan Kehakiman Puerto Rico, semalam berkata, dua suspek lagi ialah anak lelaki dan menantu pesakit. Setiap seorang daripada mereka ditahan dengan jaminan AS$1.3 juta (RM5.6 juta).

Polis berkata, mereka menyiasat kes balas dendam sebagai motif.

Mereka berkata, mangsa, Maritza Rodriguez menjaga pesakit berkenaan tetapi memberi keterangan pada awalnya dalam kes yang menyebabkan kerajaan memindahkan seorang kanak-kanak dari rumah suspek.

Anggota keluarga melaporkan kehilangan Rodriguez pada 9 Mei lalu dari bandar raya Sabana Grande. Mayatnya ditemui sehari kemudian. - AP

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts