Home » » Penyakit misteri yang dihidapi oleh seorang gadis cantik

Penyakit misteri yang dihidapi oleh seorang gadis cantik

#Gadis cantik hidap ulser mulut
KOTA BHARU – Penyakit misteri yang dihidapi oleh seorang gadis cantik, Nurul Aini Farahanur Mohamed, 19, akhirnya diketahui apabila Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan dia menghidap ulser atau luka di dalam rongga mulut sejak Januari lalu.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, Nurul Aini Farahanur atau panggilan manjanya, Anum turut menghidap penyakit kulit kronik.

Menurutnya, Anum pernah menerima rawatan awal di hospital lain di Kuala Lumpur dan dikehendaki meneruskan rawatan susulan untuk penyakit kulit yang dihidapinya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat meneruskan rawatan susulan di hospital berkenaan atas faktor peribadi dan telah dibawa pulang ke Kelantan.
“Selepas pulang ke Kelantan, dia telah dirujuk ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan bagi masalah bengkak kaki yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, dia mengalami masalah penyakit kulit kronik, kekurangan darah merah (anemia) dan kekurangan protein dalam darah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts