#Nama aku Fatin. 7 tahun lepas masa umur aku 19tahun aku suruh abah daftar aku amik lesen kereta. Ok. Abah daftar la kat salah sebuah driving school yg femes kat selangor. Belajar sampai lulus.1st class cikgu suruh biasakan main gear. Aku dah penah main gear sebab abah penah ajar.
Lepas tu cikgu tu tengok aku mcm dah pro je. Dia kata jom la saya ajar jalan raya. Dlm ni penuh la. Aku cuak la. Tapi xpe la cikgu tu ajar. ok la. Dah settle semua sesi pembelajaran. Tibalah masanya aku nak test jpj. Ok. Parking, bukit, 3 penjuru mmg meletops la aku buat. Sampai ade cikgu lain tu kata kat budak2 dia. Kamu buat mcm dia.
Tengok dia berenti atas bukit mcm mana. Mesti la aku dengar sebab bukak tingkap time tu. Hehe. Pastu jalan raya pulak. Tadi dah poyo2 elok. Jalan tak sampai 10 minit mati enjin. Jpj tu garang. Dia kata dah turun. So jpj tu yg drive balik.
Makna kata failed la aku. pastu masa dlm kereta nak balik. Cikgu tu kata kat aku. Pelajar saya semua lulus. Ade sorg je tak lulus. Hek elehhh perli pulak. Aku gelak je la. Pastu test ke2 jalan raya. Jpj garang dan gemuk. Jpj tu gemuk aku pun gemuk. Naik kereta kancil. Sesak ooo. Masa nak betul cermin belah jpj tu mmg tak sampai la tgn aku. Kalau sampai pun kene jpj tu. Lps tu jpj tu kata biar la saya buat. Awak tgk la nmpk ke tak. Ok….
tgh2 jln tu ade sorg jpj ngan student kereta rosak tepi jalan. Haa.. tempat aku belajar ni test jpj dia hari rabu ke ke khamis je ntah. Sehari je seminggu. Jpj aku suruh bg signal benti tepi tolong amik jpj dgn budak tu. Lagi la aku takut. Aku bawak 2 jpj. Aku masa tu memberikan fokus yang tak berbelah bahagi la. Ok. Alhamdulillah pegi balik aku drive.
Selalunya kalau pegi balik kita drive potensi utk lulus tu tinggi. Jpj tu bagi borg markah. Nak hantar kat pejabat. Aku tak tgk sebab mmg rasa lulus dah. Happy je aku jalan. masa sampai pejabat. Tengah tunggu turn. Aku teringat nak cek borg markah aku tu. Teka wei… aku gagal. Gila betul. Mmg aku bad mood. Mula la aku rasa nak baling sofa2 semua. Nyampah la. Aku call abah. Suruh abah amik. Taknak balik dengan cikgu. Abah kata gagal ke.
Dgr suara pun tahu. Test jpj ke2 aku gagal ! Aku amik tarikh test ke3. Tapi masa tu aku dah masuk belajar. Aku mintak excuse. Lagi pun masa tu orientasi je. Aku balik buat 3rd test. Aku pegi la hari kejadian dengan harapan tinggi utk lulus. Ok aku dpt jpj hensem yg putih. Dia agak baik. Sebab masa aku tgh bwk tu dia kata jgn takut dik. Nanti nak bawak kereta tak boleh takut2. Dia je jpj yg ramah dengan aku sembang2. Aku mmg takut gila.Sebab aku xde pegi kelas sblm test ketiga ni. Tengah takut2 tu aku kalut2 nak bawak kete nak tukar gear.
#Aku pegang la gear. Tapi mcm lain je gear ni. Aku pegang lagi. Serius mmg
lain. Aku tgk la. Korang tau aku pegi pegang lutut jpj tu. Bongok je. Nak gelak takut. Jpj tu diam lps tu dia senyum. Dia kata. Kan saya dah kata jangan takut. Rilek2 je. Aku cakap sorry sorry encik. Saya tak sengaja. Dia kata. Xpe. Lain kali jgn takut sangat. Hati2. Aku diam. Gila kau. Takut aku. lps tu jpj tu bg borg markah suruh hantar kat ofis.
Aku dah tak konfiden lulus dah. Dah la aku buat hal tadi. Masa naik tangga ofis tu aku tengok gak la markah aku. Andddd…alhamdulillah yayyyyy aku lulus. Akhirnya, selepas 3 kali test… fuhhhhh. Buat adik adik yang nak amik lesen tu kakak manis nak ucapkan good luck. Jgn ko pegang pulak lutut jpj tu. Fatin via IIUM….bulletinviral.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean