Mumbai: Sebulan setengah yang lalu, Badri Lal Meena, pekerja syarikat kereta api di Kota, Rajasthan, ke hospital kerana kakinya sakit, selepas itu bahagian lain tubuhnya juga sakit dan doktor terkejut apabila X-ray menunjukkan ada puluhan jarum dalam tubuhnya.
Menurut Daily Mirror, pesakit atau keluarganya tidak tahu bagai mana jarum berkenaan boleh berada dalam tubuh Badri Lal, 56, yang kini dirawat di Hospital Jagjivan Ram, Mumbai, sejak sembilan hari lalu.
Badri Lal, 56, yang menghidap kencing manis tidak boleh bercakap dan makan dengan elok
Pengarah hospital itu, Dr Hemant Kumar, berkata pesakit kini dalam keadaan tertekan, tidak boleh bercakap dengan sempurna.
“Kami merancang membedahnya namun penyakit kencing manis dihidapnya merumitkan keadaan,” katanya.
Ada kira-kira 75 jarum dalam tubuhnya dengan 40 daripadanya di bahagian leher, 25 jarum dalam kaki kanan dan dua dalam lengan kiri serta kanan.
Anak lelakinya, Rajendra Meena, 24, berkata dia bertanya kepada bapanya bagaimana jarum berkenaan boleh masuk namun lelaki itu menyatakan dia tidak ingat.
http://www.hmetro.com.my/node/226125
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

