Assalamualaikum. Tolong rahsiahkan siapa saya. Dalam hidup ni kita tidak dapat apa yang kita mahu tapi Allah swt bagi apa yang kita perlukan. Ceritaku ini biarlah menjadi pengajaran dan panduan kepada semua yang membaca nukilan ini. Moga-moga jadi iktibar buat semua. Aku adalah seorang penjawat awam. Asal orang kampong. Memang kampong sangat. Gaya dan perwatakan pun memang orang tahu kampong. Aku berkahwin dengan orang bandar yang mana tinggal di betul-betul bandar dan di tengah-tengah bandaraya kuala Lumpur. Suamiku juga bekerjaya tetapi dalam bidang swasta. Dengan gaji kami berdua boleh n sangat cukup untuk menyara kehidupan 2 anak yang masih kecil.
Kisah aku bermula apabila kami berkahwin dan tinggal bersama kedua ibu bapa mertua. Bapa mertua sangat baik dan tidak pernah mencampuri urusan kami. Maksud mencampuri ni kalau aku marah suami pun dia tidak campur.tapi sangat mengambil berat mengenai anak-anakku dan sudi meluangkan masa untuk anak-anak walaupun penat bekerja.
Ibu mertuaku sangat baik, penyayang dan cantik. Dia dah berhenti kerja dan sudi menjaga anak pertama ku apabila aku dapat posting mengajar. Segalanya indah dan cantik belaka.. sehinggalah aku melahirkan anak ke 2. Aku tahu ibu sudah penat menjaga anakku. Apalah sangat aku membayar rm300 setiap orang, dengan kesudian dia menjaga anakku. Ibu menjaga anakku dari umur 6 bulan hingga umur 2 tahun. Dalam mecari orang lain menjaga anak aku.
Ibu mertua masih menjaga cucunya.kesukaran cari orang yang betul-betul dan kawasan tengah bandar membuatkan masalah jadi lagi besar. Aku usahakan juga. Dapatlah anakku masuk taska asuhan untuk sebulan. Cuma anak yang baby belum dapat tempat. Ibu mertua juga tidak mempunyai masalah untuk menjaga jika seorang. Pada masa aku g keje kul 7pagi hingga 2 petang memang anak aku bersama mertua. Suami aku pula pergi kerja jam 8.30 hingga 5.00 petang. Separuh hari anak anak memang bersama mertua. Masa berlalu dan sempat 4 bulan je mertua jaga anak ke 2. Seterusnya kisah dah lain.
Timbulah kisah bila adik iparku hendak kawin. Aku tahu niat dia mahu membawa suami dia tinggal di rumah itu. Kawan ibu mertuaku yang tak berapa rapat call aku dan cerita adik iparku mengata aku macam-macam. Antaranya ialah aku control suami aku. Suami aku dengar cakap aku je. Aku yang atur semua dan yang paling best aku paksa ibu mertua aku jaga anak2 aku. Kalau x nak jaga ugut nak pindah keje kat lain.
Selepas hal itu, baik aku dan suami dah tawar hati untuk berbaik dengan adik iparku. Marah suamiku bukannya apa , kecewa dengan sikapnya yang sanggup buat personal loan nak kawin dan mengata di belakang. Sedangkan apabila susah kat akulah dipinjam duit. Malah masa bertunang pun pinjam duit aku. Aku tak tahu untuk tujuan tersebut. Katanya dia nak bayar hutang ibu mertua.
Dulu aku rajin , ye lah anak seorang, sempat buat semua keje , balik sekolah cm2 keje aku leh buat. Tapi bila dah 2 anak , aku tidak mampu nak uruskan semua. Hinggakan baju pun aku basuh kat mesin basuh rm5 ringgit. Suamiku menyokong penuh tindakanku.
Dia tahu setiap apa yang terjadi a to z. kerana aku tidak pernah pun sorokkan apa-apa dia. Banyak lagi lah benda-benda yang aku kurang bersetuju tetapi aku diamkan sebab, yang pertama, itulah insan yang melahirkan suami aku.. yang baik, iman aku, penyayang dan sentiasa disisi aku. Itulah syurga suami aku. Aku sabarkan semuanya
Satu sikap buruk ibu mertuaku, dia terlalu percaya bomoh dan taksub benda- benda macam tu. Sakit sikit kata orang bomohkan, lenguh sikit kata orang buat sebab nak harta, sebab dengki.
Aku tak nampak pun dia orang ni kaya dan berharta. Memang jenis aku tidak heran ngan harta orang pun. Sebagai wanita bekerjaya cukup je gaji rm4k kat aku ni. Lepas makan pakai, anak-anak dan kereta dah alhamdulillah. Bila ibu mertua ku ajak mengurut atau apa sahaja aku tidak ikut dan aku memang tak suka dia bawa anak pergi. Tiap-tiap minggu urut . sekali urut rm60. Abis adik beradik n semua urut sekali. Kiralah kalau 4 orang. Seminggu sekali..setahun? tukang urut tu gak kaya. Asal balik je cerita. Kena buatan orang,
orang dengki, orang nak harta dan macam-macam lagi. Aku buat tak tahu je. Penat ngan cerita dia orang ni. Suami aku pun tak bagi ikut dan dengar. Sudahnya buat hal sendiri.
Bila Allah nak uji , aku pun tak terfikir aku kena lalui, sekali tu datang mak cik suami aku ni..cakap aku nak harta, aku bomohkan dia orang, aku tanam benda syirik depan rumah dan suruh suami aku ceraikan aku.. dan yang paling aku terkejut, mak mertua aku pun sama ,tuduh aku,
paksa aku mengaku dan suruh suami aku ceraikan aku. Melutut dan menangis suami aku terkejut satu, tak sangka satu. Bila suh dia orang tunjuk bukti dan tanya siapa yang cakap takde bukti. Suh aku bertaubat dan mengaku n sumpah guna Al-quran. Datang time aku nak buat bapa mertua aku balik dan ckp tak elok main dengan Al-Quran. Aku senyapkan aje. Siap kain baju dan ajak suami aku keluar. Aku cakap, dah lama aku sabar. Kenapalah tuduh aku macam-macam. Sudah cukuplah apa yang aku lalui. Penat dengan kerenah orang bandar yang acah-acah kaya. Perasan orang nak harta dan asyik fikir dan Nampak hantu je. Sudahnya aku pulak yang dituduhnya bela hantu.
Kami bawa diri, duk rumah pakcik sebulan , darah naik, demam dan sakit bagai. Pakcik akulah yang ambil alih jaga kami 4 beranak. Anak-anak bibik yang jaga. Lepas sebulan duduk dengan pakcik aku, aku dapat rumah yang sebenarnya dah lama aku mohon diam-diam. Aku ngan suami aku je tahu. Kami pindah dari rumah pakcik selepas pakcik yakin kami dah sihat dan emosi dah stabil. Sedih memang sedih tapi hidup kena teruskan. Kami ambil masa yang lama untuk bertenang dan hubungi ayah mertua.
Ayah datang rumah kami dan tengok kami anak beranak. Anak ku malu-malu. Maklumlah dah lebih 5 bulan tak jumpa. Sejak dari hari tu ayah mertua selalu datang. Sedih plak aku tengok anak-anak aku dan ayah mertua aku. Kami membina kekuatan dengan melihat muka anak dan percaya Allah swt tak menguji seseorang diluar kemampuan.
Satu hari aku bawa anak murid pergi bersukan , dan terjumpa dengan sedara sebelah ibu mertuaku. Apa yang dia sampaikan benar-benar buat aku sedih.
Ibu mertuaku dah pergi rumah dia dan bercerita
1) aku dengki ke adik iparku
2) aku bagi suami aku nasi kangkang
3) dia dah xde anak lelaki dan cucu
4) dia pasrah sebab suami aku pilih aku dari dia sebagai ibu dan x ceraikan aku.
5) aku nak harta dia orang
6) aku bela hantu dan setiap barang yang aku tinggakan semua aku letak hantu
7) aku tanam benda syirik depan rumah tu 😎 hati aku hitam
Puas makcik tu nasihatkan dia, tetapi dia tak nak dengar dan yakin dengan tuduhan dia. Itulah dugaan yang paling besar bagi aku dan suamiku terutamanya. Sepatutnya ibu mertua ku kena cakap elok-elok yang dia nak kami keluar dari rumah tu dan dia nak duduk ngan adik ipar aku yang baru nak kawin tu. Bukannya fitnah dan tuduh aku macam-macam. Abis ler nama aku satu Malaysia rasanya. Untuk sapa yang tak percaya bomoh dikatanya aku dengki dengan adik ipar aku. Untuk sapa yang percaya bomoh item 1 hingga 7 diatas semuanya dinyatakan.
Jawapan aku kat sini
Tuduhan 1
Untuk apa aku dengki dengan adik iparku. Malah aku kesian, ye lah nak cantik dimata orang, cm2 kena buat n pinjam sana sini sebab nak kawin. dari segi kerjaya aku kukuh. Aku x Nampak apa yang perlu aku dengki dengan dia. Kawin dia kami x pergi.aku suruh suami aku pergi pun suami aku tak nak. The best part kat sini bila dia nak kawin tapi tok kadi sakit. Aku plak dituduh bomohkan tok kadi tu. Funny-funny part lagi bila adik ipar aku kononnya belajar yang boleh rujuk hati orang. So dia Nampak aku hati hitam. Rujuk means kat sini dia boleh Nampak semua benda n tahu dalam2 isi hati kau ok. Aku pelik jugaklah solat subuh pun sebulan sekali x Nampak. Boleh plak ada ilmu mcm tu.aku tahulah.aku g keje kul 7,,dia g keje kul 9 dan dia tak bangun pun time aku g. dh tu kalau aku cuti..aku banyak cuti ..tahu je kul bpe dia bangun semua.
Tuduhan 2
Aku nak bagi suami aku nasi kangkang apa nye kalau yang masak nasi mak mertua aku. Aku beli lauk je. Aku lagi senang beli. Sebab dh balik kul 2. Mana sempat. Tu satu .lagi satu katakanlah mak mertua aku nak masak. Sekali aku balik aku yang kena ready semua..dia just campak dalam kuali je. Aku ni cm apa tah bawa kereta balik sebab nak cepat. X nk mertua aku susah jaga anak aku. Takut depa lapar dan cm2 fikir. Entahlah.
Tuduhan 3
Yakin mak mertua aku mengaku xde anak lelaki dan 2 cucu nya sedangkan tulah satu2nya anak lelakinya dan 2 cucu buat masa ni.aku x yah lah. Dah kena buang kan.huhuhuhu. menitik air mata kami.
Tuduhan 4
Perkataan cerai mak mertua aku buat main2 lah, tapi bagi kesan yang dalam pada hubungan aku dan suami. Ikutkan hati mahu aku tinggalkan suami aku. Tapi dia dh la tiada sesiapa dan atas apa sebab aku nak berpisah dengan dia. Penat dia ngorat aku yang x lawa sangat ni dari zaman u lagi dan penat dia pujuk rayu suh aku tunggu dia walapun aku dh keje time tu. Bukan sekejap2 aku ngan suami bercinta dari 2014 lagi.
Tuduhan 5
Bab ni yang paling kelakar. Tapi xleh ulas sangat,kang dikatanya aku mengungkit. biarlah dia orang.
Tuduhan 6
Yang ni nak gelak pun ada , nak nangis pun ada . aku nak bela anak dan uruskan keperluan anak dan suami pun kelam kelibut sempat plak aku bela hantu. Hantu apa aku bela sampai sekarang pun aku tak tahu. Sampaikan anak aku yang jendul tu pun dikata ada tanduk dari hantu yang aku bela. Padahal gambar tu gegar. Bahaya betul orang yang taksub pada bomoh hantu setan n perkara syirik ni.
Tuduhan 7
Yang ni aku paling sedih. Seingat aku suami aku tanam uri anak aku je kat depan or tepi umah. Aku pun x pasti dekat mana dan bahagian mana. Masa jadi benda ni , nak je aku cari ustaz dan suh g ambil semua tu tanam kat lain.punyalah sedih.
Tuduhan 8
Hati aku hitam. Aku tak tau sampai skrg warna apa hati aku, pelik dia tahu semua. Masalahnya takde yang betulnya. Adoila.
Sorang lagi orang penting dalam apa yang jadi ni. Mak sedara suami aku@akak kepada ibu mertua aku. Tiap-tiap minggu datang umah tu sebab rumah pusaka dan ayah dia ada situ dan memang dia ada hak atas rumah tu. Asal datang je asyik la cerita mak mertua dia jahat.bomohkan dia, orang kedah. Nak harta dia, abis benda diungkit dan diulang. Anak 2 dia x kuasa dengar . tapi aku ni dengan pasrah dan redha terpaksa dengar. Xkan nak kurang ajar plak. Dengar je lah.
Tapi dh teruk sangat aku pun melawan.
Dari apa yang jadi ni, aku tak cakap aku sempurna dan baik sangat.bila adik ipar aku mengata aku, aku pun mengata dia pemalas. Malas nak cerita apa yang malasnya. Dh memang malas. Aku pun x pandai nak jaga hati mak mertua aku dan adik ipar aku. Aku keras aku lah. Kalau aku x setuju apa2 aku ckp aku x nak. Kalau x Berjaya aku ckp suami aku x bagi kebenaran atau x setuju. Memang pun dh macam tu.
Suami aku plak, rajin sangat kalau mak dia suh. Apa pun x nak buat. Aku suh cepat plak dia buat. Dh mc mana x Nampak aku bomohkan dia. Ye lah bila anak sorang aku x kisah suami aku x bantu dlm pengurusan anak tapi bila anak dua..aku memang perlukan bantuan suami. Aku rasa aku dh teruk kena fitnah dan kecewa serta terluka tapi apa yang suami aku lalui lagi teruk. Dia berkeras dan yakin aku x salah dan dia sanggup keluar dan tinggalkan mak dia demi aku dan anak-anak. Bagi aku xde sapa dah setabah dan sehebat suami aku. Betapa Allah sayang aku dan hargai aku anak beranak. Dia bagi ketua keluarga yang betul2 bertanggujawab pada aku.
Syukur alhamdulillah.
Sehinggalah sekarang kami 4 beranak merindui ibu mertua aku. Tapi apakan daya keyakinan dia terhadap bomoh dan perkara syirik dan kepercayaan dia terhadap perkara yang dirujuk tersebut sangatlah kuat. Kami hanya mampu berdoa mengharapkan suatu hari nanti akan terbuka pintu hari ibu mertua aku supaya insaf dan tidak percaya kepada perkara syirik tersebut. Nampak tak kesannya. Anak terpisah dari ibunya. Cucu terpisah dari atuk dan neneknya. Entah sampai bila. Tapi itulah yang kami lalui. Nasihatku untuk suami ku.. balik dan jenguklah ibu. Suami aku buat 6 bulan sekali ibu mertua aku takut2..takut aku hantar hantu..
Setahun berlalu. Masih seperti dulu. Kami hanya berjumpa ayah mertua. Dating kat kedai, ayah mertua datang rumah dan whatup gambar. Kami juga tidak menghubungi sesiapa. Kalau ada mesti dengar cerita yang tidak elok. Contoh terkini, ibu mertua aku call orang tanya, adakah aku hantar anak dekat orang yang dia agak@rujuk. Pelik org tu. Takde kena mengena boleh plak aku nak suh orang jaga. Tu satu.
Lagi satu yang kelakarnya mengikut adik ipar aku yang ada ilmu merujuk tu dan bomoh indonesianya. Kami ni duduk hotel. Dah x mampu bayar duduk rumah flat dan buat rayuan untuk dapat kuarters. Pakai ilmu apalah tu. X betul belaka. Duduk rumah pakcik sebulan sebab pakcik x nak lepas , risau kami punya kesihatan. Padahal lepas keluar seminggu dah dapat rumah. Sebelum tu dah 2 rumah aku tolak sebab x nak tinggalkan dia org dan tak nak pisahkan nenek dan cucu.
Sekarang semua dah berlalu. Serahkan segalanya kepada Allah. Selepas pindah rezeki bertambah. Kami bahagia dan ceria dengan dunia kami , namun rindu dan kasih tetap ada. Apalah nak diharap dan ditagih pada insan yang tak sudi dan memfitnah aku sedemikian rupa. Hanya doa yang mampu dikirimkan.
Nasihatku pada yang membaca. Sayang cm mana pun ngn ibubapa , carilah rumah lain kalau ada org lain nak duduk situ. Jauhkan lah benda-benda syirik ni. X berbaloi awak hajah dan haji tapi awak berjumpa bomoh dan tukang rujuk merata. Banyak sangat setan dan iblis yang akan menghasut dan menambah . kepada ibu mertua. Hormatlah menantu anda.
Dia bersabung nyawa melahirkan zuriat untuk anakmu tapi apa yang kau balas. Bersyukur dan beruntung aku kerana anakmu insan yang ko sekolahkan dan kau didik dengan ilmu agama yang cukup dan tahu menilai mana yang baik mana yang buruk. Apa apa berbaliklah pada Allah. Serahkan segalanya pada Allah. 1 mei 2017 genap peristiwa tersebut setahun. Kuatkan hati dan jiwa bila berhadapan dengan ujian. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Nasihat aku kepada org diluar sana. Hormatilah dan sayangi lah diri dan keluarga sendiri. Jangan bagi orang buruk n kata n fikir n tuduh kita n family kita macam-macam. Tak salah beralah tapi jangan sampai org letakkan keburukan dan segala kesalahan pada kita. Jaga dan sayangilah diri dan keluarga sendiri. Yakin dengan segala Allah bagi. Allah x bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Aku nak mak mertua aku x percaya bomoh dalam masa yang sama aku nak jauh dari orang yang syirik n suka berbomoh merata. Aku percaya apa yang aku lalui ada hikmah di sebaliknya. Salam terima kasih sudi membaca coretanku.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean