Home » » Kuil Penganut Buddha seluas 0.27 hektar bakal dibina di Putrajaya

Kuil Penganut Buddha seluas 0.27 hektar bakal dibina di Putrajaya

PUTRAJAYA: Setelah meluluskan pembinaan Kuil Hindu, Devi Sri Lalithaambigai Alayam, Putrajaya telah meluluskan satu lagi pembinaan kuil. Kelmarin, upacara pecah tanah sebuah kuil agama Buddha telah dilancarkan. 



Ini adalah sejajar dengan komitmen negara terhadap kebebasan beragama, di mana kerajaan telah mewartakan kawasan di ibu negara untuk pembinaan rumah-rumah ibadah lain seperti Kristian, Sikh dan Tao. 

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kebebasan beragama, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan kita”, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. Menurutnya, kuil agama Buddha itu akan dibina di atas tanah milik kerajaan seluas 0.27 hektar yang terletak bersebelahan dengan Kuil Devi Sri Lalithaambigai Alayam yang sedang dibina sekarang. 

Kuil Hindu ini mempunyai gabungan unsur-unsur dari kuil di utara dan selatan India. Ong Ka Chuan yang hadir dalam majlis pecah tanah di Pusat Buddhis Dhammaduta Malaysia di Presint 20 berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan tanah di sekitar kawasan itu untuk agama bukan Islam utama yang lain seperti Kristian, Taoisme dan Sikh. 

Tambahnya lagi, kos kuil yang dibangunkan oleh Buddha Missionary Society of Malaysia (BMSM) itu kira-kira RM8 juta untuk membina bangunan dua tingkat dengan bumbung berkonsepkan taman dan kawasan binaan seluas 1,858 meter persegi. 

Ong mendakwa upacara pecah tanah sebagai sesuatu yang sangat bermakna dan akan menjadikan Kuil Buddha ini sebagai “Pusat Buddha” untuk negara ini. Difahamkan juga, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mewakili parti MCA turut menderma sebanyak RM100,000 untuk membantu pembinaan kuil tersebut.

Read more at: https://www.menara.my/kuil-penganut-buddha-bakal-dibina-di-putrajaya/

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts