KUCHING: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebentar tadi mengumumkan rombakan kabinet, dengan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kini dilantik Timbalan Ketua Menteri.
Ketua Menteri turut menukar beberapa kementerian, termasuk meletakkan portfolio perumahan bersekali dengan Kerajaan Tempatan, yang kini dikendalikan oleh Datuk Dr Sim Kui Hian.
Buat pertama kali, portfolio pelajaran turut diletakkan di bawah Kerajaan Negeri apabila galas tugas baharu Datuk Sri Michael Manyin sebagai Menteri Pelajaran, Sains dan Teknologi Penyelidikan.
Abang Johari turut melantik Datuk Sri Wong Soon Koh sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E dagang, yang dilihat sebagai usaha memperkemas negeri ini ke arah ekonomi digital.
Pelantikan ini menamatkan teka-teki berhubung pasukan Abang Johari yang selama ini diperkata.
Berikut adalah senarai portfolio baharu Kabinet Negeri Sarawak:
Ketua Menteri
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Timbalan Ketua Menteri
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Tan Sri Dr James Jemut Masing
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Di Pejabat Ketua Menteri
Datuk Talib Zulpilip
Menteri Muda Undang-undang dan Adat Bumiputera
Datuk John Sikie Tayai
Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Menteri Muda Hubungan Korporat
Abdullah Saidol
Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Menteri Kewangan Kedua
Datuk Sri Wong Soon Koh
Menteri Pembangunan Urbanisasi dan Sumber Alam
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Menteri Pembangunan Urbanisasi dan Sumber Alam Kedua
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar
Datu Haji Len Talif Salleh
Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Bumiputera dan Pembangunan Wilayah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Muda Pembangunan Tanah Bumiputera
Datuk Roland Sagah Wee Inn
Menteri Muda Pertanian
Dr Abdul Rahman Ismail
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Tan Sri Dr James Jemut Masing
Menteri Muda Jalan Pesisir
Datuk Julaihi Narawi
Menteri Muda Pengangkutan
Datuk Dr Jerip Susil
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Muda Keusahawanan dan Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana
Datuk Mohd Naroden Majais
Menteri Muda Industri dan Pelaburan
Malcom Mussen Lamoh
Menteri Kebajikan. Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak
Datuk Fatimah Abdullah
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti
Datuk Francis Horden Hollis
Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak
Rosey Yunus
Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan
Datuk Dr Sim Kui Hian
Menteri Muda Kerajaan Tempatan
Datu Dr Pengguang Manggil
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam
Dr Annuar Rapaee
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E dagang
Datuk Sri Wong Soon Koh
Menteri Muda E dagang
Datuk Naroden Majais
Menteri Pelajaran, Sains dan Teknologi Penyelidikan
Datuk Seri Michael Manyin Jawong
Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan
Dr Annuar Rapaee
Menteri Elektrik Luar Bandar dan Pembekalan Air
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom
Menteri Muda Pembekalan Air
Liwan Lagang
Menteri Muda Elektrik Luar Bandar
Dr Abdul Rahman Junaidi
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Lee Kim Shin
Menteri Muda Belia dan Sukan
Snowdan Lawan
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean