MISTERI bau busuk yang dihidu penghuni rumah Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras sejak empat hari lalu terjawab apabila mayat lelaki yang disyaki dibunuh ditemui dalam bilik di sebuah rumah, pada 2 petang, hari ini.
Mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan diikat menggunakan wayar pengering rambut dan pengecas telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata,
polis menerima panggilan daripada penduduk flat terbabit yang curiga
dengan bau busuk yang dihidu sejak empat hari lalu dan meminta supaya
polis membuat pemeriksaan.
Katanya, polis yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah mendapati ada mayat lelaki sudah membengkak dan membusuk.
"Pakar Patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mengesahkan lelaki itu sudah mati kira-kira empat hari lalu. Namun, kesan kecederaan pada luar badan mangsa tidak dapat dipastikan.
"Mangsa yang bekerja di sebuah bank di ibu kota, berasal dari Sarawak difahamkan menyewa di rumah itu seorang diri," katanya.
Katanya, mayat dihantar ke rumah mayat PPUKM untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan esok.
#HarianMetro
-----------

Jumpa mayat disyaki di bunuh
Pada 8.5.17 lebih kurang 1400 pengadu anggota Polis bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Salak South telah terima panggilan telefon dari orang awam beritahu terhidu bau busuk di satu rumah Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL.
Hasil siasatan
1. Mayat si mati merupakan seorang lelaki melayu. Umur 32 tahun
2. Mayat si mati ditemui dalam bilik tidur keadaan tertiarap dan kedua-dua belah pergelangan tangan diikat dengan wayar pengering rambut dan kabel pengecas telefon bimbit.
3. Keseluruhan badan mayat membengkak dan keluar cecair busuk.
Pakar patologi dari PPUKM Cheras mengesahkan kematian tersebut lebih kurang 4 hari yang lepas berdasarkan keadaan mayat tersebut. Kesan kecederaan pada luaran badan mangsa tidak dapat dipastikan.
4. Si mati hanya duduk menyewa rumah tersebut seorang diri.
5. Post mortem akan dijalankan pagi esok 9/5/17 di unit forensik PPUKM.
Terima kasih kawan kawan
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean