Home » » Jika pakatan Menang 1 juta Bangla akan dihantar pulang dan buka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia 1 juta pekerjaan

Jika pakatan Menang 1 juta Bangla akan dihantar pulang dan buka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia 1 juta pekerjaan

Pakatan Harapan bercadang mengurangkan jumlah pekerja asing sah daripada 3.3 juta pada tahun lalu kepada 2.5 juta orang. – Foto Sinar Harian

Pakatan Harapan akan mewujudkan 1 juta pekerjaan dalam tempoh 5 tahun jika gabungan itu berjaya mengambil alih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pemimpin sayap Pemuda parti komponennya.



Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penduduk tempatan boleh bekerja dalam pekerjaan yang dilakukan kebanyakan warga asing, jika mereka mendapat tawaran wajar.

Beliau berkata, gabungan itu bercadang mengurangkan jumlah pekerja asing sah daripada 3.3 juta orang yang direkodkan tahun lalu kepada 2.5 juta orang selepas berkuasa dan mereka akan menyediakan lebih banyak kerja kepada penduduk tempatan.

Katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk menangani masalah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita mempunyai kira-kira 8 juta pekerja asing tanpa izin di sini. Ia boleh dikatakan jumlah (rakyat Malaysia berbangsa) India kurang daripada pekerja asing,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini lapor Free Malaysia Today.

Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, lebih banyak pekerjaan boleh ditawarkan kepada belia tempatan, khasnya dalam sektor 3D (kotor, sukar dan bahaya) yang kini kebanyakannya dilakukan warga asing.

“Kami mendapati rakyat Malaysia okey dengan pekerjaan di sektor 3D, jika mereka diberikan layanan dan gaji yang baik,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP membuktikan belia sanggup bekerja dalam sektor berkaitan 3D, apabila 2,437 daripada 25,000 belia yang memohon kerja tahun lalu, diambil untuk melakukan kerja 3D dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Katanya, inisiatif itu menelan belanja kerajaan negeri diterajui DAP sebanyak RM20 juta, tetapi ia berbaloi kerana belia menganggur akhirnya berpeluang bekerja.

“Jika Pulau Pinang boleh melakukannya (mewujudkan lebih banyak pekerjaan), mengapa tidak kerajaan persekutuan?” soalnya.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, kos mewujudkan pekerjaan sama di peringkat persekutuan lebih kecil, jika kerajaan Pakatan Harapan berjaya membendung ketirisan dan amalan rasuah.

Beliau mendakwa ketirisan itu menyebabkan kerajaan sekarang kerugian RM30 juta, tetapi tidak menyebut sumber untuk angka itu.

Kajian dijalankan Jabatan Perangkaan pada 2016 merekodkan negara mempunyai kira-kira 504,100 penganggur tahun lalu, dengan 69.8% daripadanya terdiri daripada belia berusia 20 hingga 39 tahun. – MDN

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts