Home » » isteriku sakit kanser ovari..syukur pada allah selepas 2 minggu kahwin terus hamil walaupun risiko..

isteriku sakit kanser ovari..syukur pada allah selepas 2 minggu kahwin terus hamil walaupun risiko..

Salam.aku Cuma nak story pasal bini yang aku boleh panggil fighter cancer lah.masa aku kenal bini aku tu dia baru sebulan abis pantang leps buat pembedahan cyst.masa tu akU kenal dia lam fb.hahah.people you may know.hahah..rupenya dia stay area perumahan aku je.mula2 bini akU ni jual mahal lah.tak mahu dia approve ak request friend.last2 aku messenger je.pendek cerita kami bertunang

.2 minggu lepas kami tunang,dia ada bgaitahu nak buat medical check up sebab dia kata badan rasa lemau je terutama perut bahagian kanan.so aku bawak dia g check up.doktor scan kat bahagian perut semua tapi macam ada something je.lepas tu bini kena amik darah .

masa tu aku tak fikir apa pom.sebab private hospital result cepat lah .dapat result ni bini aku pergi amik sendiri.dia x ajak aku pom.kisah masa dia amik result tu aku xtahu macam mana sebab lepas dia balik dari hospital dia tak da mesej aku atau call.aku cuba call dia tapi xjawsb.dekat 2 hari jugak lah dia senyap tak ada berita apa2.aku nak pergi rumah dia,masa tu aku outstation kat perak.balik dari perak aku terus g rumah dia.masa ni dia stay dengan kakak dia.masa sampai, kakak dia macam terkejut temgok aku.lepas tu akak dia panggil bini aku tapi dia taknak keluar.aku dah cuak dah,masa tu aku fikir jantan mana lah yang dah sailang jalan aku.at last,kakak dia ctew yang bini aku ada kanser ovary tahap satu.masa tu,aku tak tahu nak respon macam mana sebab aku terkejut lah kan.

lepas tu,kakak dia suruh aku balik ,nanti dia pujuk bini aku supaya bini aku jumpa aku .malam tu aku sekali lagi cuba call/wasap/msj segala.akhirnya dia balas jugak dia cakap nak ke aku hidup dengan dia .risiko untuk pesakit ovary untuk dapatkan anak peluang tipis.aku cakap tu semua rezeki Allah.kita tak boleh menidakkan perjalanan yang dah diatur kecuali dengan berdoa .pendek cerita jugak lah ,nak cerita panjang lebar pulak.aku teman dia buat kimoterapi .kimoterapi 6 cycle kena buat .alhamdulillah bini ada medical card.guna medical card buat kimo dekat hospital Gleneagles .satu sesi hampir rm6k.kimo pertama aku xdapat teman dia sebab aku kena outstation lagi.kira fist kimo tu family dia teman.1st kimo ak u rasa dia stress sebab lepas kimo bini aku macm xnak bercakap dengan sapa2.dia dapat mc dua minggu setiap satu sesi kimo.


dalam mc tu lah macam2 dugaan dia kena.muntah,pengsan,kadang2 dia jadik pelupa pom ada.taknak makan maybe selera putus kejap sebab ubat kan.masa dia dalam buat kimo ni aku buat keputusan nak kawin cepat2 supaya ak boleh jaga dia .masa ak bagitahu bini ak ni hasrat ak nak kawin ..dia macam terekjut dan Tanya berkali2 betul ke aku boleh terima dia.yelah masa ni tubuh dia agak cengkung skit sebab xde selera makan.dia mintak aku jumpa doctor yang handle kes dia ,katanya nak ak u faham betol2 rsisiko penyakit ni dan peluang untuk dapatkan zuriat.untuk puaskan hati dia,aku jumpa doctor ,aku dah tekad nak kahwin dengan dia ,soal zuriat tu,insyaAllah kalau ada rezeki kami akan dapat zuriat.semua keluarga aku tak tahu bini aku masa tu tengah buat kimo.lagipom bini aku takda upload status ke gambor dia buat rawatan kat media social.

Aku Cuma bagitahu pada mak dan ayah aku je pasal sakit bini aku ,Alhamdulillah mak dan ayah aku okay.dia kata kalau aku ikhlas insyaAllah ada rezeki.habis je kimo yang terakhir tu 2 minggu lepas tu kami kawin.alhamdulillah majlis kecik2 je dan sederhana sebab masa tu bini baru abis buat kmo,badan pom tak berapa kuat .dalam tempoh awal2 kawin banyak uji kesabaran aku sebagai suami sebab kadang2 bini jadik stress,dia boleh lupa jugak.masa ni masih follow up just rawatan biasa je lah.aku lah yang jadik tukang ingatkan masa dia makan ubat,tolong picit badan dia kalau dia rasa lenguh2.

aku mintak dia berhenti kerja sementara .bila dah sihat,kalau nak kerja.kerja lah.5 bulan kawin Alhamdulillah bini pregnant.semua terkejut sebab bini aku boleh mengandung dengan keadaan dia lepas kimo.mula2 kami memang happy sangat tp bila kami refer doctor pakar,doctor cakap risiko pada beby dalam kandungan .doctor risau takot beby akan lahir demgan masalah macam2 lah.lagi sekali bini aku stress sampai pernah bleeding .

tapi rezeki masih berpihak sebab bertahan sampai bini melahirkan anak kami.masa tengah pregnant ,tiap minggu kena follow up pakar kat Gleneagles,every week scan,details scan kandungan.lahir je beby,terus doctor asingkan anak dengan bini,satu anak kami hampir lemas ,satu doctor nak tengok kalau2 ada effect /masalah pada beby.alhamdulillah,anak kami okay,sihat dan kuat.pendek cerita sekali lagi lah ye,anak kami sekarang dah umur 4 thn.kami masih berusaha untuk anak kedua kalau ada rezeki.tapi kalau kata tak dapat,aku dah bersyukur dah sebab dah dapat sorang zuriat dan bini semakin sihat.3bulan sekali bini akan ada appointment dengan pakar .


just monitor kesihatn dia je.kadang2 bini aku cakap,kalu lah dulu masa kami bertunang,dia give up dengan hubungan ni,mesti dia akan menyesal sebab kesihatan,rezeki,anak,ajal,maut semuanya di tangan Allah.pada suami atau lelaki kat luar tu,jgn give up dn jgn jadikan anak sebagai alasan untuk buat benda yg boleh lukakan hati isteri kita.insyaAllah ad rezeki kita .

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts