Manado: Seorang wanita yang dikenali sebagai Hesty meninggal dunia di hospital kandou manado dipercayai akibat kurangnya perhatian dan layanan hospital berkenan,tidak hanya wanita itu bayi dalam kandungannya juga turut meninggal dunia.
Desti Kaliboto 28 suami mangsa memaklumkan,isterinya dibawa kehospital itu untuk mengikuti proses persalinan sejak 8 april lalu.
Akan tetapi sejak berada di bilik hospital berkenan pihaknya sangat menyesal kerana pelayanan medis hospital itu tidak memuaskan meskipun kandungan isterinya sudah memasuki 9 bulan.
Sehingga semalam pihak doktor memaklumkan mereka akan membuat pembedahan,tapi sayang janji doktor tersebut tidak dibuktikan tanpa ada pemberitahuan.
“Doktor telah memberitahu bahwa isteri saya harus dibedah secepatnya,tapi aneh jaduwal pembedahan di batalkan dan mereka tidak mahu memberitahu kenapa pembedahan di batalkan,padahal isteri saya sudah semakin teruk.saya juga sempat mengatakan jangan risau tentang uang pada mereka”katanya.
Bagaimanapun semalam..tangisan satu keluarga itu pecah apabila isteri dan anaknya dimaklumkan meninggal.
Sejurus itu berlaku sedikit kekecohan antara suami mangsa dan pihak hospital,bagaimana pun hingga kini pihak hospital masih enggan memberikan keterangan lanjut mengenai kes tersebut.
Selain itu, hari ini rakan Universitas mangsa dan beberapa media tempatan dilihat mendatangi hospital untuk mendapatkan keterangan resmi dari pihak hospital yang didakwa mengakibatkan kematian atas kelalaian yang berunsur kesengajaan.-eberita.org
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean