Home » » Hanya Allah saja yang tahu bagaimana hati ni rasa orang yang Kita cinta & sayang sudah jadi milik orang lain-WARKAH CINTA TENTERA

Hanya Allah saja yang tahu bagaimana hati ni rasa orang yang Kita cinta & sayang sudah jadi milik orang lain-WARKAH CINTA TENTERA


💚WARKAH CINTA TENTERA💚
Sumber dari facebook : Q Taqim Nasri

Pada tanggal 6 August 2016 Aku telah bertunang dgn si dia. Tetapi pertunangan Kami tidak sampai ke jinjang pelamin. Si dia minta utk putuskan. Family dia datang ke rumah pada bulan December 2016 untuk serahkan kembali cincin Serta duit gelang. Akan tetapi family si dia menganggap ianya tidak putus lagi, mungkin ingin memujuk si dia untuk terima Aku kembali. Setelah itu Aku berharap agar hati si dia berubah untuk menerima Ku kembali. Sekian lama si dia menyepi.

 Akhirnya Aku mendapat tahu bahawa si dia telah berkahwin dengan lelaki yg baru dikenalinya semasa si dia mengikuti kursus selama seminggu pada 12-18 November 2016. Mereka akad nikah Aku Tak tahu bila. Tapi kenduri pada tarikh Aku dgn si dia sepatutnya berlangsung iaitu 6 May 2017 telah menjadi tarikh kenduri si dia dengan lelaki pilihannya. Farit Hazizi( Suami Si dia) Aku da syak sejak si dia balik daripada kursus tu lagi. Da tahu si dia adalah Tunang Aku. Kenapa mesti nak ganggu. Tapi, kalau bertepuk sebelah tangan x jadi juga. 

Si farit ni keja di pejabat daerah ulu yam kalau x salah Aku la. Dalam tenpoh perkenalan yang sangat singkat depa boleh ambil keputusan untuk berkahwin. Maybe da jodoh mereka berdua redha ja la. Kenapa dari awal2 x nak mengaku cakap da ada hati Kat si farit ni. Kenapa perlu sembunyikan semua ni. Buat account FB baru lepas tu terus block Aku. 

Hebat permainan hampa berdua noh. Kesian kat Mak & Ayah Aku pergi mana2 orang tanya bila nak kenduri. Hampa fikir la sendiri macam mana rasakan. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana hati ni rasa orang yang Kita cinta & sayang sudah jadi milik orang lain. Aku kena kuat untuk terima semua ni. Majukan diri untuk masa depan dan laksanakan tanggungjawab sebagai anak sulong. Selamat pengantin baru buat hampa berdua. FARIT HAZIZI HANG JAGA AIN ELOK2 SEBAB:- 

1) Ain ada asma so jangan bagi dia minum air yang berais sangat ok.
2) Ain x suka mayonis & makanan yg ada cheese.
3) Ain ni susah nak minum susu. So, calcium dalam badan dia jangan tanya mcm mana. Hang kena paksa juga dia minum susu. Ducth lady yg flavor coklat tu pun ok dah.
4) Pastikan dlm handbag dia ada ubat asma. Sebab dia selalu lupa.
5) Ain ni degil sikit. Kalau dia cakap A, hang jangan la cakap B. Sebab hang x kan menang punya. Biasa la perempuan.
6) Jangan tipu dia, sekali hang tipu nanti taw la nasib hang mcm mana.
7) Lastly, ni antara paling ain x suka. Jangan suka complain or kritik apa2. Kalau hang buat memang mendapat la. 


Setakat tu ja aku boleh bagitaw. Yang lain hang cari sendiri. Aku harap hampa berdua kekal dan bahagia selamanya. Aku redha ni bukan jodoh. Mungkin perancangan Allah lebih hebat. Aku terima qada' dan qadar yang Allah bagi kat Aku. Biar orang buat Kita, jangan Kita buat orang kerana kifarah itu ada. Terima dengan hati terbuka In Shaa Allah semuanya akan seperti biasa. Amin Ya Rabbalalamin...

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts