KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa menderita akibat tindakan melampau suami sendiri yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain yang sengaja dibawa ke rumah, dipercayai semata-mata untuk memuaskan nafsu gila lelaki itu, sejak empat tahun lalu.
Malah, ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia 30 tahun itu terpaksa menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada suaminya atau tetamu tidak diundang terbabit.
Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit mengarahkan isterinya melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya sambil diperhatikannya.
Tidak tahan dengan perlakuan melampau suami, wanita itu nekad melaporkannya kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dilakukan polis di rumahnya, kelmarin.
Dalam laporannya kepada polis, ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki serentak iaitu suami dan kawan suaminya.
Perbuatan itu bukan berlaku sekali atau dua, malah berulang kali membabitkan beberapa lelaki berlainan yang dibawa pulang suaminya ke rumah sejak mereka mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, rakan suami wanita berkenaan berkunjung ke rumah pasangan itu di sebuah kondominium di kawasan Bukit Indah, Ampang, jam 10 malam.
“Wanita terbabit yang sudah menjangkakan dia akan menjadi mangsa nafsu pelik suaminya kemudian cuba melarikan diri dengan memberi alasan mahu ke kedai.
“Ketika itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk meminta bantuan supaya menyerbu kediamannya,” katanya.
Sumber terbabit berkata, setengah jam selepas itu wanita berkenaan pulang ke rumah dan melihat suami bersama anaknya dalam bilik air sebelum lelaki itu meminta isterinya melakukan hubungan seks dengan rakannya.
“Bagaimanapun, mangsa enggan menurut permintaan pelik suaminya sebelum disuruh masuk ke bilik.
“Tidak lama kemudian, suami wanita itu bersama rakannya masuk ke bilik itu,” katanya.
Menurutnya, sejurus masuk ke bilik, lelaki terbabit terus melakukan hubungan seks bersama isterinya sambil ditonton rakannya.
“Rakan suami mangsa kemudian terangsang selepas menonton aksi seks pasangan terbabit.
“Lelaki itu kemudian turut melakukan hubungan seks bersama pasangan berkenaan dan wanita itu terpaksa merelakan dia diperlakukan sebegitu semata-mata mahu memenuhi selera seks pelik suaminya,” katanya.
Menurut sumber itu, tidak lama kemudian, penguat kuasa Jais bersama anggota polis tiba di rumah pasangan berkenaan dan menahan kedua-dua lelaki terbabit berdasarkan laporan wanita itu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 30-an dan 40-an adalah jurutera di syarikat swasta.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan kedua-dua lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas keterangan mereka diambil.
Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan mangsa dihantar menjalani pemeriksaan doktor, namun siasatan lanjut dan menyeluruh perlu dilakukan.
“Selain suami mangsa dan rakannya, wanita itu turut dipanggil memberi keterangan dan polis juga akan mengambil keterangan anak mereka yang berusia tiga tahun.
“Kami masih menunggu laporan perubatan dan jika benar ada tanda menunjukkan wanita berkenaan menjadi mangsa pemuas nafsu kedua-dua lelaki terbabit, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.
Semua bukti seperti kesan tompokan air mani yang ditemui pada tilam dan bantal sudah diambil selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut dilakukan.
Sementara itu, difahamkan wanita berkenaan sebelum ini pernah meminta cerai daripada suaminya, namun lelaki terbabit pandai memujuk setiap kali isterinya mengajukan hasrat berkenaan.citebest.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean