'Bini Aku Yang Kau Rogol Tu!'
Seorang lelaki berusia 27 tahun, maut dibelasah kerana didakwa telah merogol isteri orang di Parit 4, Sungai Besar, 15 April lalu.
Lapor Harian Metro, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai telah masuk ke rumah pasangan itu dan merogol mangsa berkenaan sebanyak dua kali di sebuah bilik di tingkat bawah pada jam 3 - 5.30 pagi.
Berang dengan kejadian yang menimpa mangsa, suami dan anaknya nekad bertemu dengan suspek, lalu membelasahnya di sebuah stesen minyak. Suspek turut dibawa pulang ke rumah dan dikurung dalam bilik dengan kakinya dikat dengan tali getah.
Semasa berada dalam bilik, suspek telah dibelasah, diterajang dan dipukul menggunakan getah paip sambil disaksikan sendiri oleh isteri dan keluarganya.
Salah seorang anak lelaki berkenaan kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian rogol yang melibatkan ibu tirinya yang berusia 25 tahun.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke balai. Ketika mahu mengambil keterangan suspek pada jam 3.45 pagi, suspek tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.
Ekoran itu, suami, dua anaknya serta seorang anak angkat berusia 20 hingga 23 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes rogol mengikut Seksyen 376.
http://www.cempedakcheese.com/2016/04/video-bini-aku-yang-kau-rogol-tu.html
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean