Home » » ayah tiri menonton p@rn diruangtamu bersama rakan2nya. Aku dan adik2 tidur sama diruangtamu tapi

ayah tiri menonton p@rn diruangtamu bersama rakan2nya. Aku dan adik2 tidur sama diruangtamu tapi

min tolong post ya.
Aku edit sikit takut agak keterlaluan bagi pembaca. Cerita ni harap dapat beri kesedaran pada ibu bapa kat luar. Seawal usia setahun, ibu bapa bercerai. Aku ikut ibu. Bila usia 7 tahun, aku dicabul jiran. Naif. 

Diusia 10tahun, ayah tiri menonton porn diruangtamu bersama rakan2nya. Aku dan adik2 tidur sama diruangtamu tapi cuma aku terjaga tapi aku tak tahu itu semua salah(ayah tiri tak perasan) Yang aku nampak, ibu menjerit memarahi ayah dan menghalau rakan2 ayah. 

Diusia yang sama, aku disuruh ke kedai untuk membeli barang. Pekerja kedai Isyarat tak senonoh cuba mencabul aku tapi sempat aku melarikan diri dan pulang dalam keadaan terkejut tapi mendiamkan diri. Lama kelamaan aku punya keinginan Tapi masih aku tak tahu ape yang aku buat. Tanpa pendedahan, tanpa pengetahuan ilmu tentang kesan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Seawal usia 14tahun, mahkota ku ragut orang yang aku anggap abg angkat.. Di sekolah belum ada pendedahan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan, tapi pada saat aku tahu itu semua terlambat. Dan ya, masih aku berdiam diri.

Aku mula liar. Bertukar pasangan. Ibu mula bimbang. Setahun aku liar. Ibu paksa aku pulang. Di saat raya, aku kaku. Demam. Mulut terkunci. Ibu meluru memeluk dan mengampunkan aku. Sehinggalah diusia 20an aku diprtemukan semula bersama suami yang tahu seluruh kisah hitam aku dan menerima aku sebagai isterinya. Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata lelaki 2 org. Ibu sangat sayangkan menantunya. 

Aku tak tahu sama ada suami sedar atau tidak, ada mungkin 1 atau 2 rakannya pernah bersama denganku. Cuma mereka mengalihkan pandangan mereka dari aku. Dan tidak bercerita apa2 tentang perkara yang lepas. Sungguh aku tak minta benda ini jadi. Lagi2 menyerahkan mahkota aku dengan cara hina seperti itu. Dalam sujud, aku berdoa semoga maruahku terpelihara dan tidak sesekali kembali ke kancah hina itu lagi. 

Para ibu bapa, tolong pantau anak2. dan sebagai ibu bapa tolong tunjukkan teladan yang baik buat anak2. Mereka memerhati. Jangan jadi seperti aku. Salah 1 anak yang memerhatikan setiap tingkah ibubapanya. Waspada. Sekian.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts