"Tergamak kau buat pada anak buah ko sendiri... ko dendam dgn ayah dia...knp anak jadi mangsa...😠"
#Angkara Dendam Lelaki Jahanam tetak Jari Budak
KUCHING: Gara-gara dendam, seorang lelaki dipercayai nekad menetak jari tangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sehingga putus sebelum melarikan diri dalam satu kejadian di Batu 10 Jalan Penrissen di sini, semalam.
Difahamkan,
suspek yang merupakan bapa saudara kepada mangsa bertindak sedemikian
kerana berdendam dengan bapa mangsa yang melaporkan kepada polis
penglibatannya dalam kes pecah rumah sehingga menyebabkan dia ditangkap
dan dijatuhkan hukuman pada tahun lepas.
Menurut sumber, insiden berlaku sekitar jam 1.30 petang apabila suspek bersenjatakan pisau pergi ke kediaman sewa keluarga mangsa lalu bertindak menyerang kanak-kanak terbabit menyebabkan jari kelingkingnya terputus dan jari hantu tangan kanannya cedera akibat ditetak.
“Semasa kejadian, hanya mangsa dan abang sulungnya yang berusia 19 tahun berada di rumah, manakala ibu dan bapanya sedang bekerja tidak jauh dari rumah sewa mereka.
“Suspek dikatakan masuk ke rumah dan bertindak menyerang mangsa menyebabkan jari kelingkingnya terputus. Mujur kejadian disedari oleh abang mangsa yang kemudian cuba menghalang suspek menyebabkan dia terus melarikan diri,” kata sumber.
Ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut kemudian bergegas pulang dan mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.
Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS dan laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh keluarga mangsa.
Ketua Polis Daerah Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu usaha menjejaki suspek kini sedang giat dijalankan.
Menurut Aidil, suspek berusia 31 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau dan merupakan orang dikhendaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman.
“Hebahan dan tindakan mengesan suspek sedang dipergiatkanoleh detektif bersama pasukan Ops Bersepadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sementara itu, suspek yang berasal dari Kota Samarahan sebelum ini juga tular di laman sosial selepas didakwa melarikan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda di Sri Aman.
Beberapa laman sosial yang berkongsi berita mengenai suspek menyatakan suspek yang kononnya mengalami kerosakan motosikal pada mulanya berpura-pura meminta bantuan seorang lelaki yang berhenti untuk membantunya.
Bagaimanapun, suspek sebaliknya melarikan kereta milik lelaki terbabit dan meninggalkannya di tempat kejadian menyebabkan mangsa terpaksa berjalan kaki selama empat jam untuk mendapatkan bantuan.
Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat di Sri Aman.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
*Kategori: Sarawak*

Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean