Home » » Anak setan! Itu gelaran sesuai untuk pemuda yang tergamak membelasah bapa kandungnya hingga pengsan menggunakan topi keledar.

Anak setan! Itu gelaran sesuai untuk pemuda yang tergamak membelasah bapa kandungnya hingga pengsan menggunakan topi keledar.



Kuala Lumpur: Anak setan! Itu gelaran sesuai untuk pemuda yang tergamak membelasah bapa kandungnya hingga pengsan menggunakan topi keledar.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, suspek berusia 25 tahun dikatakan memukul berulang kali bapanya berusia 60 tahun di rumah didiami di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita memaklumkan suaminya pengsan serta cedera di kepala akibat dipukul anak lelaki mereka.

“Berdasarkan maklumat berkenaan, kami mengarahkan sepasukan polis ke sebuah rumah di PPR Desa Rejang, di sini, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah di ruang tamu kediaman,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati mangsa terbaring separuh sedar di ruang tamu serta berlumuran darah di bahagian kepala.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts