Baru-baru ini, seorang bapa telah mendedahkan di Facebook sebuah klinik di Sandakan, Sabah telah memberi anaknya ubat yang telah tamat tarikh luput.
'Anak saya berumur satu tahun mengalami demam dan kami membayar RM88 pada klinik tersebut. Tapi, kami diberi ubat yang telah tamat tarikh luputnya.
Bila kami membawa ubat tersebut ke klinik berkenaan untuk ditukar, pihak klinik bertegas bahawa tarikh luput adalah pada Ogos 2017'.
Ianya tidak masuk akal kerana secara jelas tarikh luput yang betul adalah pada March dan klinik tersebut telah mengubah tarikh luput kepada Ogos dengan hanya menggunakan pen hitam.
'Doktor tersebut menganggu kami untuk mendapatkan ubat botol yang telah tamat tarikh luput itu. Apa masalah sebenar doktor itu? Dan berani betul mereka jual ubat yang sudah luput kepada pesakit?'
Bapa itu kemudian membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan pihak kementerian kesihatan mendedahkan itu bukan kali pertama klinik tersebut berbuat demikian.
'Pegawai di Kementerian Kesihatan berkata banyak klinik tersebut mempunyai ubat yang telah tamat tarikh luput tapi hanya dibiarkan sahaja. Mereka akan menjualnya kepada pesakit malang yang datang ke klinik berkenaan'.
Status bapa itu menjadi viral di Facebook dan netizen mengecam tindakan doktor itu yang tidak mempunyai integriti. Ada juga yang terperanjat kerana tiada tindakan dari pihak kementerian kesihatan.
Bapa itu menjelaskan 'buat masa ini tiada peruntukkan undang-undang di Malaysia yang boleh di ambil. Pihak Kementerian Kesihatan telah pergi ke klinik berkenaan banyak kali dan diberi amaran untuk membuang ubat berkenaan tapi mereka enggan berbuat demikian'
Ada juga segelintir netizen yang berkongsi pengalaman di klinik berkenaan dimana klinik tersebut kerap mengenakan bayaran yang sangat maha- kakishare
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean