Bilik medium tu untuk 2 org. Aku caj rm350 untuk bilik medium tu tp skg ni ade sorg aku bg dia bayar separuh harga pastu selepas sebulan xjumpa cari Roommate dia,aku yang bayarkan duit sewa yg xcukup tu sbb budak bilik medium tu mintak simpati dan tlg
. Aku pon malas nak desak dia so aku ekot kan je lah pastu dia mintak nak duduk sorg bilik dan dia sanggup nak bayar rm350 sblan sbb xnk share dgn org. Dia kata suami dia nak dtg cek in kadang2..
duit deposit dia x bayar lg dia kata xde duit lg so aku pon boleh consider lah dgn dia sebab aku ni fikir positif,rupa dia mcm org baik pakai purdah,hari2 mengaji live dari bilik pastu kalau kuar sentiasa berjubah lah. So aku percaya lah dia ni org baik. Umornya 24.aku ade buat surat perjanjian tp aku tak sain lg sebab duit deposit tu dia tak bayar lg. Surat tu awal2 mmg dah siap mcm tu dan aku tak buat surat baru yg perlu tulis dia hutang duit deposit. Sapa2 yg bayar sewa bilik aku mmg akan bg resit okay! Pastu Kkdg aku nmpak jugak la pangai dia ni mcm x puas enjoy tp aku buang la segala negative.
Selepas beberapa bulan dia menyewa dan seperti biasa dia bayar bill letrik dan duit sewa tp duit deposit yg dia hutang tu x bayar2 sampai lah ttbe dia kuar rumah tanpa bgtau. Sebelum dia hilang tu ade lah sepupu aku 2 org dtg menumpang selama sebulan time tu bill letrik mahal skit tp aku bahagi lah total berapa org yg ada dlm rumah tu semua setuju kecuali dia. Katanya kalau nak bawak org menumpang hendaklah perlukan persetujuan dari semua. Padahal aku dah bagitau dan semua setuju. Dia x puas hati sebab bill letrik mahal katanya sebab dia tak tgok tv. Dah tu mcm mana aku nak
Kira bill letrik untuk dia sorg sahaja? Budak bilik masterbedroom tu kipas meja sampai 3 aku x kesah pon. Nasib baik aku tak pasang penghawa dingin lagi hahaha. Ok time dia nak blah tu semua tak perasan tau dia kunci bilik dia dan pintu macam biasa lah dia g kerja pastu 2,3 hari dia tak balik aku tergerak hati nak bukak bilik dia,bukak2 rupanya dah kosong. Dia blah mcm tu je dgn bawak kunci rumah,kunci bilik dgn sewa bulan ni tak bayar dengan deposit pun x settle lg. Baguskah mcm tu? Korang rasa dalam kes mcm ni salah aku ke? Dah sminggu aku tdo tak lena pikir hal mcm ni. Skg ni aku bayar duit bilik aku lg plus aku bayar duit bilik dia so cmne?
Bello Nadz ke Selayang/Rawang/Batu Caves/Gombak Group
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

