KUWAIT CITY - Sampainya hati. Tindakan seorang majikan wanita yang tidak membantu menyelamatkan pembantu rumahnya daripada terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan di sini menerima kecaman netizen.
Wanita berkenaan bukan sahaja tidak mahu membantu, malah hanya merakamkan keadaan pembantu rumah warga Ethiopian itu yang dipercayai cuba membunuh diri.
Dia ditahan polis berikutan tindakan tersebut dan sempat memuatnaik video rakaman berkenaan di media sosial.
Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan pembantu rumah tergantung di luar bangunan dengan satu tangan mencengkam bingkai tingkap dan merayu kepada majikannya untuk membantu.
Pembantu rumah dilihat ketakutan dan menjerit 'pegang saya, pegang saya" sebelum cengkaman tangannya terlepas lalu terjatuh.
Majikannya tidak berbuat apa-apa dan dan terus merakam. Paramedik kemudiannya menyelamatkan pembantu rumah itu dan dibawa ke hospital.
Wanita malang itu bagaimanapun bernasib baik kerana patah tangan dan darah pada hidung serta telinganya.
Polis berkata, majikan itu akan didakwa atas tuduhan tidak membantu mangsa, memetik laporan akhbar Al Seyassah.
Punca cubaan pembantu rumah itu membunuh diri tidak diketahui dan Persatuan Hak Asai Manusia Kuwait menggesa pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean