Terima kasih siarkan kisah saya.
Nak minta pandangan dr warga KRT. Saya telah bkahwin selama 5tahun dan masih belum ada zuriat. Pada awal perkahwinan saya dan suami PJJ selama beberapa bulan. Sebelum ni saya mempunyai kerjaya dan pendapatan yang kukuh. Saya mengambil keputusan untuk bhenti kerja dan tinggal bersama suami kerana jarak jauh, kos tinggi dan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang patut berada disisi suami. Sekarang saya surirumahtgga sepenuh masa. Ada juga rasa nak kerja semula tapi suami tidak izinkan.
Suami saya baik orangnya..makan minum dijaga dengan sempurna. Masalah saya sekaramg masalah batin. suami kerap onani dan kami jarang melakukan hubungan seks bersama. Ada sampai 3bulan baru dapat itu lepas saya minta.
saya bhenti kerja sebab mahu usaha untuk dapatkan anak memandangkan usia masuk 30an. Tapi sikap suami yang kerap onani buat saya kecewa. Suami lebih cenderung menonton blue dan onani, sedangkan saya tidak dipeduli.
Banyak kali saya pesan kepada suami tapi tidak mahu dengaq. Alasan dia z**** masalah. Tapi bila onani boleh pula. Dah macam-macam saya cuba untuk naikkan nafsu dan goda suami dari segi pakaian, makanan, ubat2an tapi masih tidak bjaya. Dari segi paras rupa, body saya memang tiptop tapi tak kan suami tidak bernafsu tengok saya. Disuruh pergi berurut atau jumpa doctor tidak mahu alasan malu.
Batin saya tseksa dan rasa terabai. Saya tahu anak itu rezeki . Tapi kena usaha dan jika saya seorang usaha untuk dapatkan anak memang tidak akan berjaya.
Saya rasa sangat sedih bila berkumpul dengan rakan2 cerita mengenai anak mereka sehingga saya rasa tidak mahu jumpa dengan sesiapa pun.
Itu belum lagi bila keluarga kerap bertanya..saya hanya mampu membalas dengan senyuman. Mahu saja saya jawab pergi tanya anak mak la apa masalah dia.
Jadi apa perlu saya lakukan. Terima kasih
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean