Rasanya ramai kot dah tahu sebab benda ni dah jadi viral.. Alah kes petugas pos laju yang terkejut bila buka satu bungkusan kiriman barang ada seekor jenglot. Gila kau.. sekarang ni nak beli jenglot boleh hantar pakai pos laju jer. Sapa gamakynya seller & sapa gamaknya buyer tu kan? Bila kes ni jadi viral mesti depa tahu siapa depa kan?
Alkisahnya.. satu bungkusan ni masa scan di kesan macam ada sesuatu bergerak gerak di dalamnya maka petugas pos Malaysia tu rasa tak sedap hati la. Risau ada benda bernyawa dalam tu.. Maka dia pun buka la. Bukan dia pecah amanah ke apa..
Sebab benda tu mencurigakan. Mungkin juga niat dia untuk menyelamatkan satu nyawa yang mungkin akan mati kelemasan dalam bungkusan tu kalau tak di buka. Tapi sebaik je dia buka.. Terus berdegup jantung ku.. mendengar kan namamu ah.. ah... Sorry ternyanyi pulak..
Sekali Jenglot kau! Matilamak nak Oooi.. Sapa punya kerja la hantar Jenglot guna pos laju ni wei. Mau satu department buat bacaan yassin gamaknya lepas buka parcel berisi jenglot untuk mohon perlindungan dari Allah.
Sekali buka Tu dia.. terbujur Jenglot. Kalau hangpa gamaknya pengsan ke koma terus hahahahaAda yang tak tau Jenglot tu apa.. Dia macam sejenis makhluk halus jugak la. Di gunakan untuk tujuan tertentu yang pasti tujuan yang tak baik la. Memang benda ni ada berkaitan dengan amalan syirik & khurafat sebab perlu melakukan ritual pemujaan dulu baru dia berfungsi. Takde kau letak bateri AA terus dia hidup boleh bekerja untuk kau ok! Jangan tanya aku lebih2 la.. aku bukan pengamal benda2 macam ni. Apa yang aku tau kebanyakkan melalui pembacaan aku je.
Ada yang dok pertikai kakitangan pos laju suka hati je dok buka parcel orang. Tapi memang depa ada kebenaran untuk membuka sebarang bungkusan sekiranya mencurigakan atau barang di dalamnya melanggar terma & syarat pos malaysia. Dalam kes ni.. kalau dah macam tu aku rasa memang patut depa buka pun. Kau tak suspect apa2 ke kalau dah sampai bergerak gerak.
Zaman sekarang kan.. perkhidmatan jenis spiritual & berkaitan dengan alam mistik pun banyak orang boleh buat secara online. Benda - benda macam tu upgrade bersama teknologi sebab tu tak pelik kalau sihir pun boleh di hantar melalui atas talian. Kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi sedang berkembang ni.. Bukan je kena berhati hati dengan bahaya yang nampak dengan mata kasar.. Malah bahaya yang menggunakan makhluk2 halus ni pun kita kena ada protection jugak. Tapi jangan la hangpa satgi pi dok minta tangkal la.. Azimat la hapa... Nak buat pendinding diri ni guna ayat2 Al Quran pun ada...
Moral of the story.. Amalan syirik, khurafat & kepercayaan kepada benda2 mistik bukan hanya ada pada zaman dulu - dulu. Zaman di mana manusia masih jahil.. Tapi zaman sekarang ni pun semakin menjadi jadi. Malah di mudahkan lagi benda benda macam tu melalui teknologi. Jadi siapa yang lebih kuno?lekatlekit.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean