INDIA - Seorang pembaca berita televisyen untuk saluran IBC24, mengetahui berita kematian suaminya sendiri ketika menyampiakan laporan berita tergembara secara langsung.
Supreet Kaur. (Foto: Mirror)
Supreet Kaur dilihat tenang semasa seorang wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran nahas dan mangsa menerusi panggilan telefon.
Walaupun wartawan itu tidak menyebut nama-nama mangsa, tetapi memaklumkan bahawa tiga daripada lima orang di dalam kereta terbabit nahas terbunuh.
Butiran itu sudah cukup bagi Kaur, 28, menyedari bahawa suaminya, Harsad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga yang maut.
Ketika kejadian, suaminya menaiki kereta yang sama, Renault Duster, di jalan yang sama pada masa yang sama bersama empat lagi rakan.
Kaur bagaimanapun terus membaca berita-berita lain selama 10 minit selepas laporan mengenai nahas jalan raya membabitkan suaminya disampaikan.
Memetik laporan Hindustan Times, Kaur kemudiannya menitiskan air mata sebaik sahaja program berita pagi Sabtu berakhir.
Seorang editor kanan memberitahu, kakitangannya menyedari mengenai kematian suaminya semasa membaca berita berkenaan.
"Tetapi kami tidak memberitahu dia kerana kami tak sanggup." Dia bagaimanapun dapat merasakan bahawa kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah kenderaan yang dinaiki suaminya."
Kaur bertugas sebagai pembaca berita untuk IBC24 selama sembilan tahun. Dia dan suaminya telah seta
http://www.3rasa.com/2017/04/pembaca-berita-tv-sampaikan-sendiri.html
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean