Assalamualaikum Admin, saya nak cerita mengenai adik ipar saya. Namun
sebelum itu biar saya cerita bagaimana masalah ini berlaku. Masa
mula-mula diterima sebagai penjawat awam, saya ditempatkan di Sarawak.
Setelah lebih 3 tahun, saya cuba memohon untuk berpindah ke Kuala
Lumpur, dekat dengan teman wanita saya. Dia juga seorang penjawat awam.
Namun, permohonan saya untuk berpindah gagal walaupun sudah beberapa kali buat percubaan. Dipendekkan cerita, saya pun berkahwin dengan teman wanita saya tu. Mahu tidak mahu, saya ajak isteri saya tinggal bersama dan minta dia cuba memohon berpindah ke Sarawak. Yang peliknya, satu kali percubaan diluluskan pula.
Tinggallah kami berdua bersama di negeri orang. Namun, masalah saya
bermula sejak tahun lalu. Adik isteri saya pula menjadi penjawat awam
dan dia turut ditempatkan di Sarawak. Isteri saya mempelawa dia tinggal
bersama kami. Saya tidak kisah, lagipun dia kan adik ipar saya.
Apa yang menjadi masalah saya sikap adik ipar saya yang tidak bertanggungjawab, pemalas, dan tidak sedar diri.Selepas waktu makan, dia boleh biarkan pinggan di atas meja. Kain-kain kotor dia pula, dilonggokkan di depan mesin basuh. Ya, memang kakak saya kemaskan pinggan, cucikan kain kotor dia. Tapi apa dia ingat isteri saya ni orang gaji dia ke?
Saya kesiankan isteri saya kadang-kadang dia letih balik dari kerja. Saya pun kadang-kadang cuba ringankan kerja dia dengan menghantar baju kami ke dobi layan diri.
Adik ipar saya sudahlah kuat makan, kalau hujung minggu pula asyik tidur dan berkurung dalam bilik je. Beberapa kali saya beritahu mengenai perkara ini kepada isteri, dia sedar dengan perangai adiknya... Namun isteri kata layankan je sebab perangai adiknya memang macam tu sejak dari dulu. Adik bongsu lah katakan.
Tapi sampai bila saya perlu bertahan? Barang-barang rumah semua saya yang beli, bil-bil pun saya yang bayar.Pada tahun ini, isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami. Sudah tentulah kerja rumah Isteri saya bertambah. Nak mengurus anak satu hal, memikirkan perangai adik ipar tambah memeningkan kepala saya. Apa yang perlu saya lakukan? kalau ikutkan hati rasa nak halau je adik ipar saya tu.

Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean