Selepas TMJ mengambil tampuk pimpinan tertinggi di FAM, pelbagai langkah drastik telah dilakukan oleh baginda antaranya memecat 20 kakitangan FAM dan menyemak semula akaun kewangan organisasi bola sepak negara tersebut.
Tetapi semalam TMJ telah menyatakan dalam satu sidang media bahawa Mario Gomez masih belum sah menjadi jurulatih kebangsaan negara, dan ianya masih lagi dalam peringkat cadangan dan perbincangan. Ianya mungkin agar sukar untuk menjadi kenyataan kerana tiada kesepakatan antara TMJ dan Mario Gomez berkenaan hal gaji yang terlampau tinggi diminta oleh bekas jurulatih JDT tersebut.
Walaubagaimanapun Mario Gomez sendiri telah tampil dan memberikan komen mengenai perkara tersebut sebagai tidak benar. "Ianya tidak benar, saya tidak meminta gaji yang jauh lebih tinggi daripada apa yang saya terima ketika bersama JDT" katanya kepada portal MalayMail.
Tambah beliau lagi perkara yang menjadi perhatian adalah tempoh kontrak yang terlalu singkat. Mario Gomez tidak bersetuju untuk menandatangi kontrak selama setahun yang ditawarkan oleh FAM kecuali tempoh kontrak tersebut dilanjutkan kepada dua tahun.
"Kami bercakap melalui telefon semalam dan TMJ berkata dia akan memberikan saya keputusannya nanti" kata Mario Gomez.
Reaksi Mario Gomez ini pastinya menimbulkan lebih banyak spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air. Terdapat juga desas-desus yang mengatakan FAM sedang cuba menjadikan Tan Cheng Hoe sebagai ejen bebas supaya JDT boleh mendapatkan khidmat beliau selepas itu.
Baca teori konspirasi seorang peminat yang memberikan komen di facebook SemuanyaBola di bawah ini:
Ayuh sama-sama kita nantikan jawapan daripada TMJ sendiri.- mybuletin.net
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean