KUALA LUMPUR: Mereka yang lantang meminta kerajaan menghalau Dr. Zakir Naik keluar dari Malaysia jugalah yang membantu Ali Abdul Jalil mencari suaka politik di Sweden dan tidak kedengaran mereka meminta Alvin Tan pulang ke Malaysia untuk dibicarakan, kata protege Dr. Zakir Naik, Firdaus Wong Wai Hung. Menurutnya, mereka berdua juga dikehendaki di Malaysia mengapa tidak memanggil mereka pulang sebagaimana mereka meminta kerajaan menghalau Dr. Zakir Naik.
Beliau berkata, perkara itu seumpama pepatah ‘sudah terang lagi bersuluh’ akan apa objektif mereka. Menurut Firdaus, dalam Surah Al-Baqarah dari ayat pertama hingga ke-20, manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu mukmin (5 ayat), kafir (2 ayat) dan munafik (13 ayat).
“Peringatan demi peringatan Allah berikan dalam Al-Quran,” katanya. Mengulas lanjut, Firdaus mengajak pihak yang terus menentangnya supaya menyenaraikan ajaran yang dikatakan tidak baik yang pernah disampaikan oleh Zakir. Menurutnya, kini semakin ramai “musang berbulu ayam,” konon pejuang hak kebebasan bersuara dan mempertahankan Perlembagaan Negara tetapi hakikatnya memperjuangkan agenda liberal dan sekular mereka.
Firdaus berkata, menurut satu laporan, Timbalan Presidennya yang juga Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan menggesa Putrajaya untuk membatalkan anugerah Maal Hijrah yang diberikan kepada Zakir di samping menghalang beliau daripada menyampaikan ceramah di Malaysia. Selain itu, NGO hak asasi, Hindraf pula menggesa kerajaan negeri Terengganu membatalkan segera pemberian geran sebuah pulau untuk Zakir.
Pengerusinya, P.Waythamoorthy berkata, laporan menyatakan kerajaan India dan Bangladesh akan menyiasat pendakwah itu atas alasan menyebarkan keganasan membuktikan tanggapan Hindraf terhadap Dr. Zakir, betul. “Jelasnya, tuduhan itu hanya bertujuan merosakkan reputasi Dr. Zakir daripada membongkar kebenaran dalam agama utama dunia,” jelas Firdaus. Ditanya mengenai sebuah puisi Dr. Maza baru–baru ini Firdaus berkata, kena bezakan antara provokasi dengan mengatakan perkara yang sebenar adalah dua perkara berbeza.
“Saya melihat ianya lebih kepada seruan semangat kepada Muslim untuk bersatu dengan menggunakan metafora dalam penyampaian,” katanya. Menurut beliau, Dr. Maza tidak menghina sembahan mereka kerana ianya ada dalam amalan penganut agama mereka. “Menghina adalah dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang agama tersebut dengan niat merendahkan agama tersebut namun, jikalau ianya adalah fakta, maka, itu bukanlah penghinaan.” “Contohnya, adakah dikira menghina jikalau digunakan perkataan penyembah berhala? Sudah tentu tidak,” katanya.
Firdaus berkata, label kafir harbi hanya layak diberikan oleh pemerintah Islam dalam sebuah negara Islam, bukan oleh sesiapapun. Firdaus turut menulis sebuah puisi sebagai menyambung puisi yang diilhamkan daripada Dr. Maza; Kita yang mengaku bertuhankan satu…. Tetapi tidak mahu bersatu… Walaupun penyembah lembu, Sudah mula menyerbu, Wahai Muslimin dan muslimah, Yang mengucap dua kalimah, Umat Islam bukan umat yang lemah, Yang mudah mengaku kalah tersungkur lemah.
Bangkitlah, Bersatulah… Firdaus berkata, “Bagaimanapun, kita tetap doakan mereka diberikan hidayah selain mendoakan diri kita dan keluarga kita meninggal sebagai orang yang beriman.”menara.my
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean