Home » » Pelajar Kolej Didakwa Bunuh Bayi Baru Lahir

Pelajar Kolej Didakwa Bunuh Bayi Baru Lahir





Petra Jaya - Penuntut kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini atas tuduhan membunuh selepas membuang bayi perempuan baru dilahirkannya, 11 April lalu.

Tertuduh, Betty Kuleh, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah yang disewa di Sama Jaya Apartment di Muara Tabuan, Kuching kira-kira 6 pagi pada hari kejadian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Belaga dekat Kapit.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman yang kemudian menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia kes itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pekerja pembersihan apartmen berusia 36 tahun menemui mayat bayi yang diletakkan di dalam kotak sebesar saiz kotak kasut kira-kira 10 pagi.

Bayi malang itu dilahirkan suspek kira-kira 6 pagi hari yang sama di dalam tandas rumahnya sewanya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi penemuannya.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek pada 12.30 tengah hari di rumah sewanya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk siasatan lanjut.




>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts