Home » » Patutla klinik kerajaan lembab - lelaki ini rakam video perangai doktor dan jururawat ini yang mereka lakukan

Patutla klinik kerajaan lembab - lelaki ini rakam video perangai doktor dan jururawat ini yang mereka lakukan

BERANG menunggu terlalu lama untuk dapat rawatan, seorang lelaki mula hilang sabar dan bertindak menceroboh ke dalam bilik rawatan bagi merakam petugas klinik yang sedang bekerja.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang Khamis lalu, petugas di klinik kesihatan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah telah dituduh konon sengaja memberikan perkhidmatan yang lembab kepada pesakit oleh individu berkenaan.

Difahamkan, lelaki yang tidak dinamakan itu datang membawa-sama rakannya yang cedera di kaki kiri akibat tertusuk besi, untuk mendapatkan rawatan.

“Mai (datang) pukul 2 tadi, sampai la (sekarang) pun tak ada apa lagi. Depa ni dok dalam ni buat keraih aih.. Dari pukul 2, sekarang dah dekat 2.30. Dari sorang tunggu la (sekarang) dah ramai ni..”

“Daripada tadi tak ada apa langsung, doktor pi mana tak tau. Sempoi naa.. kata klinik cemerlang, tapi tak dak siapa,” maki lelaki tersebut menerusi rakaman video.

Lelaki itu turut dilihat menceroboh masuk ke beberapa bahagian bilik petugas dan bersuara secara agresif hingga menyebabkan para petugas tidak berani bersuara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sehinggakan staf di kaunter pendaftaran juga tidak terkecuali diberi ugutan kononnya ingin menularkan video yang dirakamnya itu kepada pihak Kementerian Kesihatan.

MYNEWSHUB difahamkan, ‘tukang rakam’ ini membawa seorang pesakit yang cedera pada jam 2.05 petang dan telah didaftarkan serta merta di kaunter pendaftaran.

Selepas 10 minit, pesakit telah diberi rawatan awal dan cucian luka. Kemudian kes dilihat oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan (MO).

Namun, selepas beberapa minit, ‘tukang rakam’ ini telah bertindak agresif dan membuat kecoh di dalam klinik seperti yang dapat dilihat menerusi klip video tersebut.


Video yang menjadi tular di media sosial itu lantas mengundang reaksi pelbagai dari netizen. Ada yang menempelak sikap lelaki terbabit dan tidak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit.

“Saya selalu ke klinik kerajaan kalau appointment pukul 9 pagi jawapnya balik pukul 2.30 petang baru habis. Bagus betul tak perkhidmatannya. Dah macam puasa dibuatnya,” kata Zambri Mukhtar

“Yang amik video ni mesti terbaik punya orang…cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat keja….tak pernah mengular… hahaha puiii lah jangan suka sangat cari kesalahan orang….cermin diri sendiri lagi bagus,” tulis Husaini Hamzah

“Aku pergi klinik kesihatan, doktor terpaksa tangguh rehat tengah hari sampai pukul 1.30 petang. sebab patient ramai sangat. maybe doktor ni lambat masuk sebab dia baru habis rehat.

“Sebab pesakit ramai. jangan nak ikut kepala otak sendiri je, fikir la juga pihak belah sana. kalau kau jadi doktor and rehat lambat pun kau akan masuk lambat kan setan 😒,” tulis Daush Firdaus. –MYNEWSHUB.CC




>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts