Home » » Orang tetap memanggil saya pondan - luahan sedih pemilik Nasi Lemak Pondan

Orang tetap memanggil saya pondan - luahan sedih pemilik Nasi Lemak Pondan

Selepas kemunculan Nasi Lemak Pondan yang viral dan meniti bibir masyarakat di Malaysia, ramai yang mahukan pemilik gerai tersebut menukar nama gerai kepada nama yang lain.


Ramai yang mengecam tindakan pemilik gerai Nasi Lemak Pondan itu sengaja menamakan sedemikian semata-mata untuk viral.

Pemilik gerai Nasi Lemak Pondan itu yang dikenali sebagi Jojie akhirnya tampil bersuara dan mendedahkan kenapa memberikan nama tersebut ;
    “Saya berasa selesa dengan nama tersebut dan tak merasakan itu sebagai satu ejekan. Kalau saya letak nama Nasi Lemak Bedah ke atau Nasi Lemak Jojie sekalipun, orang tetap memanggil saya pondan,” – Jojie, pemilik Nasi Lemak Pondan

Jojie memberitahu tidak sedikit pun niat untuk menjadikan dirinya viral dan itu adalah usaha murni yang sedang dia lakukan untuk membantu keluarganya yang duduk di rumah flat bersama 15 adik-beradiknya yang lain.



    “Daripada orang berpura-pura panggil saya kakak cantik dan sebagainya, lebih baik saya gunakan sahaja perkataan pondan itu.

    “Pada saya perkataan pondan bukan lagi sesuatu benda yang perlu dimalukan dan tidak perlu lagi dijadikan sebagai bahan ejekan. Memang komuniti ini wujud di Malaysia,” – Jojie.

Sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan jarang diberi peluang untuk bekerjasama dengan orang lain, Jojie mengambil langkah untuk berniaga nasi lemak dan menu lain seperti kuih, lauk dan banyak lagi.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_0DoZQIgo05LbsunD1XF8TAN5hfruYgnzqZOTKqm1clBNJ-f8TubffFuXe4o0RVBMnKAKuhRhAIDtPHPS-s9F_BgZ1ejCaazxe95tX5ZUynDa388O-tMDkAk4z8uAX2TIxhkLXyHNHZY/s1600/nasi-lemak-pondan-sedekah-setiap-hari-jumaat-tehpanas.com.png

Sedekah nasi lemak kepada jemaah masjid


Yang paling best mengenai pemilik Nasi Lemak Pondan ini, setiap hari Jumaat, Jojie akan menyiapkan 100 bungkus nasi lemak untuk diberikan kepada jemaah masjid di sekitar Kuala Lumpur sewaktu solat Jumaat.


>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts