Hospital Maut|Jabatan Kesihatan Kelantan akan menyiasat dakwaan layanan buruk seorang kakitangan hospital terhadap keluarga dan pesakit di Hospital Pasir Mas.
Pengarahnya, Datuk Ahmad Razin Datuk Ahmad Maher berkata, perkara tersebut masih dalam tindakan jabatan.
Menurutnya, pihaknya akan mengambil maklum balas daripada pelbagai pihak dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.
“Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan kerana Jabatan berusaha memastikan ia diselesaikan dengan baik,” katanya.
Jumaat lalu, Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pasir Mas, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim meluahkan rasa kecewa terhadap layanan seorang kakitangan hospital itu ketika menghantar bapanya, Mat Yasim Ibrahim, 83, yang sakit, pada jam 1.07 pagi.
Abdullah yang menulis status di laman sosial Facebook berkata, kakitangan berkenaan seperti lepas tangan ketika dimaklumkan berkenaan status kesihatan bapanya.
“Kakitangan itu tak patut tanya saya semula, ‘kenapa beritahu dia, sedangkan terdapat pembantu perubatan (MA) bertugas pada malam berkenaan’.
“Saya akur dan mula mencari MA di kawasan sekitar namun gagal,” katanya.
Abdullah yang juga Ketua Umno Rantau Panjang berkata, beliau bersetuju dengan dakwaan penduduk setempat menyamakan hospital itu seperti ‘hospital maut’ disebabkan tindakan segelintir kakitangannya.
Beliau berkata, sikap buruk beberapa kakitangan menjatuhkan imej Hospital Pasir Mas sebagai salah sebuah hospital terbaik di Kelantan.
“Jika saya selaku Ahli Lembaga Pengarah pun boleh diperlakukan sedemikian, saya tak dapat bayangkan layanan diterima penduduk kampung.
“Saya juga menerima banyak rungutan serta cadangan agar kakitangan sedia ada ditukar dan diganti dengan kakitangan lebih berhemah,” katanya.
Kenyataan Abdullah dalam Facebook menerima maklum balas lebih 890 pengguna, 342 komen dan dikongsi 123 pengguna laman sosial berkenaan.
Salah seorang daripadanya turut berkongsi berita yang ditular 2015 lalu, membabitkan seorang pemuda yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tendong.
http://eberita.org/hospital-maut/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean