Saya Dr yg pernah post citer diceraikan suami talak 3 dn mengandung kembar 3.
Saya melalui nikmat dan pengalaman mengandung seorang diri dgn penuh sabar dan kekuatan walaupun airmata masih lg tertumpah ketika lemah.
Bagi yg belum rezeki zuriat sabarlah dan sematkan dlm hati kita isteri Allah akan berikan kita nikmat ini bila masanya. Saya sentiasa berusaha tanpa jemu, doakan agar Allah kurniakan saya nikmat ini, menangis lah tiap kali meminta padaNya.
Berubat lah cara moden dan tradisional tanpa jemu, buatkan duit kita yg digunakan semasa berubat sebagai sedekah utk suburkan benih kita.
14 tahun saya menanti tanpa jemu. Usaha tanpa henti biarpun saya seorang ke hulu hilir berubat. Pergilah umrah minta di sana...
Bagi suami atau perempuan yg gatal nk jadi isteri buat suami, semoga sabar dgn segala tipu daya lelaki tersebut. Buat isteri yg teraniaya sabarlah, kita doakan,kita bina kekuatan biarpun payah.
Jangan percaya sumpah kekasih gelap suami kita bila kantor. Janji hanya dimulut saja, ex suami saya bersumpah di dalam Masjidil Haram lg pun sanggup buat, tapi hari ini perkahwinan mereka tidak dapat didaftar sehingga hari ini.
Ujian rumahtangga cukup besar.
Warga krt doakan sy selamat melahirkan zuriat saya nanti.
Kembar 3 hadiah Maha Agung berkat sabar 14 tahun.
Untuk ex suamiku berubahlah jd lah suami yg bertanggungjawab pd.keluargamu dan anak2 tirimu yg ramai. Berhenti lah minum ketum. Jagalah kesihatanmu..ramai anakmu...solat lah.
Inn Shaa Allah zuriatmu akan cari bila sampai masanya.
Usah dicari saya lagi, saya ingin tenang utk zuriat ini.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean