Home » » Kepada bekas suamiku yang ceraikan aku demi cintanya bersama seorang india berstatus bini orang,aku harap kau dpt lupakan aku.

Kepada bekas suamiku yang ceraikan aku demi cintanya bersama seorang india berstatus bini orang,aku harap kau dpt lupakan aku.

sekadar gambar hiasan

Terima kasih admin...
Bukan mudah utk kembalikan diri sendiri setelah 10 tahun di corak oleh seorang suami...Bila di buang kita tercari cari terkapai kapai mencari diri sendiri...Alhamdulillah hari ini,aku kenal diri sendiri.. Kepada bekas suamiku yang ceraikan aku demi cintanya bersama seorang india berstatus bini orang,aku harap kau dpt lupakan aku.


 Memang betul aku merayu melutut memohon ampun apa salah aku. Lupakan bayang2 itu,kerana aku dah lupakan kisah cinta kita. Salah aku terlalu percaya,terlalu sayang sampai aku tak nampak kekilafan engkau. Kepada bekas mertua ku,ya aku sedar aku tak kaya tak cantik tapi in shaa Allah hati aku selalu doakan engkau bahagia sampai bila2 dgn apa yang engkau nak. 

Terima kasih panggilkan saksi utk anak engkau ceraikan aku semata2 nak ank kau kawin dgn india tu.. ternyata sebalik senyuman kau tersimpan racun yg amat bisa duhai mertua.. Aku tak salahkan kau tapi aku yakin Allah nak aku bahagia.. Kau nak anak kau ceraikan aku umpama aku yg curang umpama aku yg menduakan ank kau.. Pengorbanan aku utk hidup berumahtangga mejaga dlm segala hal di buang macam sampah,di usir saat azan magrib,terima kasih mertua..

Terima kasih atas nasihat kau utk berbaik balik dgn anak kau tu,tak mungkin lagi dan tak perlu lagi setelah kau buang aku umpama aku yg bersalah...
Kecurangan anak engkau aku yg disalahkan krn tak pandai jaga... Hahahahahaa.. terima kasih bukakan mata aku.. Ya aku tak pandai jaga,aku tak ikut dia kerja tak ikut dia shoping x ikut dlm semua hal,kerana aku percaya.. Terima kasih igtkan aku yg anak engkau baik... Ya anak kau baik utk kau dan kebaikan dia x mampu mebawa aku ke syurga... Faham kan kenapa tak mampu bawa aku dan ank ke syurga.. Sbb didikan agama solat semua tak ada,punca utama perceraian..



Terima kasih manusia yg tak pernah lekang dari bibir aku memanggil2 'abg' 'mak' 'abah' merayu melutut tapi tetap di tepis...
Alhamdulillah,hari ini dan hari akan datang aku mampu utk segala galanya demi anak dan keluarga aku.. Dan yg paling penting sekarang bakal imam aku ... 


Dan kepada kau bekas suamiku kejar la india tu sampai dapat,yela dia kan sanggup potong tangan & minum racun demi kau.. Huhu..
Dan tak lupa juga kpd bekas mertuaku senyum lah selalu kerana mak dah berjaya pisahkan kami x kisah la walau india pun asal bukan aku..... Terima kasih sekali lagi admin...
Utamakan solat.. In shaa Allah setiap keputusan di pertimbangkan dgn akal yg waras...

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts