Ketika ditemui, Mowgli Girl nama samaran yang diberi ditemui hidup bersama monyet dan tidak mampu berjalan atau bertutur seperti manusia.
Pihak polis masih mengesan identiti kanak-kanak perempuan tersebut dan masih menyiasat sudah berapa lama dia berada di dalam hutan tersebut.
Kini kanak-kanak perempuan itu telah dibawa ke hospital dan dijaga sejak ditemui oleh polis.
'Dia takut dengan kami, dia tidak boleh bercakap atau dengar kami dengan elok. Dia ditemani oleh tiga ekor monyet serta mempunyai kesan luka di siku dan lutut.
'Dia juga memakai baju tetapi tidak terlalu kotor, sepertinya dia ditinggalkan oleh keluarga.
'Ketika ditemui, dia kelihatan sangat lapar. Kami berinya sedikit makanan. Jika kami tidak selamatkannya, tentu dia sudah dimakan oleh haiwan liar.' kata Inspektor Ram Avtar Singh
Ketua pegawai medikal DK Singh memaklumkan Mowgli Girl berkelakuan ganas dan takut kepada manusia. Dia juga tidak faham apa juga jenis bahasa malah masih berjalan menggunakan kaki dan tangan walaupun sudah diajar menggunakan kaki.
Sumber : kaki share
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean