Home » » Kami berharap agar Tan Sri Pandikar menggugurkan rang undang-undang Mahkamah Syariah yang dibawa Hadi

Kami berharap agar Tan Sri Pandikar menggugurkan rang undang-undang Mahkamah Syariah yang dibawa Hadi

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abd Rahman menyerahkan notis dan saman pemula kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.


Mohamed Tawfik Ismail menamakan Pandikar sebagai defendan dalam usaha agar mahkamah mengisytiharkan 10 deklarasi dan perintah menghalang pembentangan Akta 355 oleh ahli parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam notis itu, Tawfik meminta Pandikar supaya menggugurkan rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 daripada senarai usul yang akan dibentangkan nanti.

“Kami berharap agar Tan Sri (Pandikar) dan Setiausaha Dewan Rakyat dapat mengeluarkan usul Hadi dari senarai usul-usul untuk dibentangkan dan dibahaskan pada esok,” kata notis daripada Tetuan Mansoor Saat, Siti Kasim & Associates yang diserahkan kepada pegawa khas Pandikar di luar bangunan parlimen.

Justeru beliau menjangka Abdul Hadi yang huja presiden Pas tidak jadi membentangkan Akta 355 esok kerana ia akan menjadi subjudis jika dibentangkan.

"Kami tidak menjangkakan pindaan Akta 355 akan berada dalam Peraturan Mesyuarat esok," katanya.

Peguamnya, Mansoor Saat, yang turut hadir menjelaskan speaker telah menetapkan keutaman pada masa lalu bahawa isu subjudis akan timbul di dalam dewan sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah.

"Berikutan keutamaan dalam beberapa kes lain, sama dengan isu ini, pindaan itu tidak seharusnya dibentangkan di Dewan Rakyat," kata Mansoor.

Tawfik bersama peguamnya Mansor Saat menyerahkan saman pemula kepada pegawai khas Pandikar di perkarangan bangunan parlimen hari iniTawfik bersama peguamnya Mansor Saat menyerahkan saman pemula kepada pegawai khas Pandikar di perkarangan bangunan parlimen hari ini

Tawfik memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Jumaat lalu, bagi memohon pengisytiharan bahawa cadangan pindaan Akta 355 adalah tidak berperlembagaan.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts