JAMAL Jamban yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, walaupun selalu tampil dengan isu-isu bangang menyerang kerajaan Negeri Selangor dan menunjukkan kebodohan dirinya, namun kali ini nampaknya dia menyedari kebaikan Skim Peduli Sihat yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Malah dia sendiri dikatakan sanggup turun padang mendaftarkan ahli-ahli Umno di Sungai Besar yang singgah ke kaunter tersebut.
Skim Peduli Sihat, merupakan satu program kebajikan cetusan idea menteri besar sendiri, di mana ia memberikan rawatan percuma yang berkualiti di klinik-klinik swasta kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah.
Bagi rakyat Selangor yang memegang Kad Peduli Sihat, mereka boleh mendapatkan rawatan perubatan secara percuma sehingga RM50 bagi setiap kali rawatan di lebih 1,000 buah klinik swasta seluruh negeri Selangor dan Lembah Klang.
Maklumat lanjut tentang Skim Peduli Sihat sila rujuk link berikut — Skim Peduli Sihat Selangor.
Kepada Jamal Jamban, janganlah risau Skim Peduli Sihat yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Dato' Azmin Ali, tidak memilih bulu, tidak pilih kasih.
Walaupun penyokong kamu adalah ahli Umno, selagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pasti akan diberikan kad Peduli Sihat sekaligus membolehkan mereka untuk mendapatkan rawatan di mana-mana klinik swasta seluruh Negeri Selangor dan Lembah Klang.
Skim Peduli Sihat ini bukan macam Klinik 1Malaysia, harapkan namanya saja gah dengan 'signboard' besar 1Malaysia di atas bangunan klinik, tapi bila rakyat datang nak dapatkan rawatan doktor pun tak ada.
Skim Peduli Sihat memberi pilihan kepada rakyat Selangor untuk memilih mana-mana sahaja klinik swasta yang disukai oleh mereka untuk mendapatkan rawatan ketika perlu. Terdapat lebih 1,000 klinik untuk dipilih di seluruh Negeri Selangor dan Lembah Klang.
Sebiol-biol Jamal Jamban, dia pun tahu Skim Peduli Sihat ini satu program yang sangat bagus dan meringankan beban rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan secara percuma dan berkualiti. Sampaikan dia sendiri pun buka kaunter untuk daftarkan ahli Umno.
Jadi jika anda seorang rakyat Selangor yang layak jangan lupa memohon!
sumber: http://www.milosuam.net/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean